Wednesday, December 30, 2009

Islam, Muslim dan Kerjaya Part 2

Alhamdulillah ada sedikit masa terluang di pagi ini, walaupun sedikit kesibukan yang menghambat di akhir tahun...dalam mengejar payment2 yang masih tersangkut atau ada yang bermurah hati ntuk bayar dahulu...Alhamdulillah...segala puji bagiNya yang menganugerahkan rezki pada makhluknya.

Part 2.

Bagi sesiapa yang memilih untuk bekerja sendiri pula, pastinya ia merupakan satu keputusan besar yang diambil kerana ia merupakan jalan yang amat perit untuk dilalui sebelum dapat mengecapi kejayaan yang direncanakan. Sedarlah bertapa laluan ini amat sukar dan tiada garis panduan yang perlu dilalui kerana sebelum mencapai kejayaa, sudah pasti anda akan mengalami berbagai peringkat dan kegagalan, penolakan masyarakat terhadap anda, cemuhan orang sekeliling serta penghinaan yang lahir secara tidak lansgsung kerana memandang rendah apa yang anda lakukan. Percaya atau tidak, benteng mentaliti masyarakat sangat sukar untuk dipecahkan tambah lagi bagi yang baru menceburi bidang ini. Kesusahan yang dialami perlu ditanggung sendiri, jadi jangan lah berputus asa dan teruskan bina jati diri anda untuk terus berjaya.

Pembinaan jati diri ini amatlah penting bagi meneruskan kesinambungan keputusan yang telah dibuat supaya anda tidak lagi teragak2 dan tercari2 samada langkah yang diambil itu betul atau salah. Jadi cara yang terbaik ialah dengan cuba mengenali diri anda sendiri mengikut pandangan Islam. Tiada cara yang lebih baik dari cara ini kerana ia akan merangkumi segala aspek kehidupan kita dan selamanya. Ikutlah garis panduan yang telah ditetapkan, maka pasti anda akan dapat menerobosi diri sendiri sebelum melangkah lebih jauh. Dalamilah Ilmu Tauhid yang seterusnya akan membentuk akhlak yang terpuji. dari akhlak inilah akan melahirkan buah2 yang ranum dalam menghadapi dugaan seharian. Selari dengan konsep hijrah yang telah dibincangkan, pembentukan negara Islam yang sangat berjaya, sehingga menerangi seluruh alam diterapkan melaui pembentukan akidah selama hampir 13 tahun Baginda berdakwah di Mekah. Fasa ini merupakan fasa terpenting dalam keterlangsungan kejayaan dakwah yang mekar sehingga ke hari ini. Pada peringkat awal, masyrakat muslim yang begitu lemah, diterapkan dengan akidah sehingga menjadi betul2 kuat. Peringkat ini merupakan peringkat yang sukar kerana mendapat tentangan hebat dari musrikin Quraisy. Segala bentuk penderitaan telah dialami oleh para sahabat, sehingga Rasulullah tidak membenarkan penentangan kepada pihak musyrikin Quraisy. Waktu ini digunakan untuk membina satu jati diri yang utuh kepada muslimin.Keimanan yang masih lemah pada ketika itu mungkin tidak sesuai bagi sekalian muslim untuk menentang musyriikin dengan kekerasan. Walaupun jika digambarkan bahawa mereke lebih terseksa pada ketika itu, dalam masa yang sama, kesengsaraan dan kepercayaan kepada janji-janji Allah pada ketika itu membentuk jati diri yang cekal. Keyakinan bahawa pertolongan Allah untuk mereka menyebabkan mereka begitu sabar dalam meniti segala ranjau yang berduri. Selain dari penderitaan fizikal, mulai tahun ke-10 kenabian, umat muslim diseksa dengan pemboikotan dari segi ekonomi. Serangan terhadapa pemboikotan ekonomi sangat memeritkan ketika itu kerana segala bekalan makanan disekat. Justeru ramai umat muslim ketika itu sengsara kerana tidak mendapat makanan yang cukup.Walaubagaimanapun semangat mereke tidak luntur dan pudar dengan kesengsaraan diri yang dihadapi. Berbalik kepada keadaan kita pada masa ini, keadaan ini mungkin akan berlaku. Keperitan dalam menjalankan perniagaan diperingkat awal sangat ketara kerana dalam serba kekurangan. Peringkat inilah yang paling sukar, dalam membina sesuatu perniagaan.Hasil yang tidak menentu sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan seharian, malah selalunya akan mengalami kerugian,mungkin, setelah habis modal yang dikeluarkan, perlu pula dikeluarkan simpanan yang selebihnya. Jika jati diri tidak utuh pada ketika ini, sudah pasti kita akan merasa berputus asa.

Jadi, dalam masalah ini, mungkin segala lagi kita perlu mendalami ilmu tauhid, yang mana kita harus mengenal Maha Pencipta dengan lebih mendalam. Makrifatullah (mengenal Allah) merupakan asa kepada ilmu ini. Maka dengan mengenal sifat2Nya, akan hadir dalam diri kita satu keyakinan yang begitu utuh, dimana ia mendjadi asas jati diri yang kuat, bersandarkan segala apa yang berlaku kepada Yang Maha Memberi.Dari sinilah terbit sifat tawakkal. Imam Ghazali dalam Minhajul Abidin menggariskan bahawa masalah mencari rezki boleh diatasi dengan sifat tawakkal ini,yang mana ia juga merupakan satu ibadah hati yang penting untuk setiap muslim.Tetatpi, sejauh manakah kita menggunakan konsep tawakkal dalam kehidupan seharian. Semua percaya dan tahu mengenai sifat2 Allah, tetapi sejauh manakah keyakinan kita mengenainya? Selagi keyakinan itu masih lemah, selagi itulah kita akan menjadi goyah, keluh kesah memikirkan ketakutan untuk tidak mendapat apa yang diusahakan dan juga tidak mendapat ganjaran seperti yang diusahakan. Kita masih samar-samar dalam meletakan pergantungan kepadaNya sepenuhnya, masih ragu2 dengan sifat2Nya dan masih ragu2 dengan janji2Nya. Mungkin disinilah kesilapan kita yang kita tidak sedari. Jadi, apa yang harus dilakukan ialah cuba mengenaliNya dengan lebih dekat tentang sifat2Nya dan Zat2Nya. Dari situlah punca bagi segala permasalahan kehidupan kita.Terutamanya dalam mencari urusan mencari rezki kerana kita melebihkan sandaran kepada makhluk dan juga jaminan keduniaan yang fana. Kesilapan bergantung harap juga telah lari dari konsep tauhid iaitu tiada Tuhan selain Allah. "Iyyaka na'budu" Hanya kepadaMu kami menyembah dan tiada kami mempersekutukan Engkau dalam ibadatku ini kepada sesuatu yang lain. Menjelaskan hanya kepadaNya lah kita berbuat segala benda , untuk mendapat keredhaanNya, menjadi hamba hanya kepadaNya. " Iyyaka nasta'in": Hanya kepadaMu kami mengharapkan bantuan pertolongan, sebab kami sendiri tidak berdaya.. Kita menyatakanNya setiap hari sekurang2nya 17 kali, tetapi sejauh manakah setiap apa yang kita lakukan, setiap saat dan detik, kita mengharapkan kepadaNya???

Jadi, apa sahaja yang kita usahakan, samaada berkerja tetap, atau bekerja sendiri, semuanya kita perlu berharap kepadaNya. Selagi apa yang kita kerjakan itu mengikut garis panduan syariat, ia tidak menjadi kesalahan. Jangan pula kita merasa kecewa jika apa yang kita usahakan itu tidak menampakkan hasil seperti yang kita inginkan. Jika kita niatkan semua kerana Allah s.w.t, sudah pasti ia akan dianggap sebagai ibadah. Sebagai seorang makhluk, hamba kepadaNya, kita hanya wajib untuk melakukan ibadah dan patuh kepadaNya, persoalan rezki dan ganjaran, biarlah kita bertawakkal kepadaNya. Biarlah Dia yang menentukan yang lebih baik untuk kita.

Saturday, December 26, 2009

Islam, Muslim dan Kerjaya Part 1

Oleh : MON

Berkisar lagi mengenai hijrah, konsep yang sangat dalam pengertian untuk setiap muslim jika betul2 diamati dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Jika meneliti semula sejarah kenabian Rasulullah sejak dari Baginda dilahirkan hinggala sehingga kewafatan, tiada siapa yang boleh mencaci atau mencela keperibadian baginda. Termasuklah pihak musyrikin Quraisy yang menentang hebat perjuangan dakwah baginda, bermula dari awal sehinggalah ke akhirnya, mereka sangat menyanjung tinggi keperibadian baginda yang mempunyai akhlak yang sangat terpuji, sehingga mereka tidak dapat mencari sebarang kecacatan keperibadian untuk dijadikan sebagai modal menolak dakwah baginda. Pihak musyrikin Quraisy mengakui betapa kebeneran dan kehebatan risalah yang dibawa baginda. Apa yang ditetang cuma adalah dari segi pemyembahan berhala. Mereka tidak mahu meninggalkan agama nenek moyang yang menyembah berhala. Sebelum kematian Abu Talib, bapa saudara Rasulullah yang memberikan perlindungan sehingga orang arab tidak berani mengapa2kan baginda, musyrikin Quraisy berjumpa dengan Abu Talib untuk menawarkan satu tempat atau keistimewaan yang tinggi kepada Rasulullah, mereka sanggup memberikan apa sahaja yang diminta oleh Baginda. Begitu terpujinya Rasulullah dimata musyrikin Quraisy, tetapi mereka masih tidak mahu meninggalkan penyembahan berhala seperti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka.

Fasa dakwah Rasulullah boleh dibahagikan kepada 2 peringkat, iaitu peringkat pertama ketika baginda berdakwah di Mekah kira-kira selam 13 tahun dan di Madinah selama kira2 10 tahun. Pada peringkat pertama, dakwah hanya menumpukan kepada pembentukan individu, iaitu pengukuhan akidah dan pembentukan akhlak mulia. Kemudian selepas penghijrahan ke Madinah, barulah ia mengenai persaudaraan, pembentukan masyarakat, negara, ekonomi, dan sebagainya.

Dengan memahami dakwah Baginda secara keseluruhannya, kita boleh mengambil langkah yang sewajarnya dalam kehidupan pada masa kini yang mana boleh dikata makin menjauh dari tauladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah. Dari pengamatan terhadap kehidupan masyarakat, pengalaman sendiri, dan juga perbincangan dengan rakan2, sedikit sebanyak membuka ruang kepasa saya untuk menyentuh topik ini buat renungan bersama. Mana-man pendapat yang dilontarkan bukanlah untuk melabelkan atau mengkritik sesiapa. Mungkin ia cuma pandangan dari perspektif saya yang mungkin masih mempunyai banyak kelemahan dan kepincangan dari segi kebolehan melihat situasi dari keseluruhan sudut.

Keresahan sahabat handai serta liku-liku yang dihadapi tentang kerjaya sebagai sumber pendapatan sedikit sebanyak memberi kesempatan untuk mendalami kerumitan ini serta mendorong kepada penggerudian kepada punca sebenar kegelisahan yang melanda.Perasaan ini timbul dari diri sendiri setelah mendapat kocakan halus dari orang sekeliling sedikit sebanyak mencetuskan perasaan serba salah seterusnya mengikis kenyakinan sedikit demi sedikit. Kocakan kecil pada dasarnya mengoyangkan tiang keyakinan secara perlahan-lahan. Mungkin kerana pegangan asalnya tidak seteguh mana lantaran keyakinan yang timbul dari ilmu yang belum cukup dan menyeluruh, sekadar hanya dengan perasaan diri sendiri yang merasakan ia tidak begitu penting, mungkin juga keyakinan itu palsu kerana hadir dari khatir (lintasan hati) yang salah. Secara ringkasnya, ungkapan " Kita jangan tumpukan kepada akhirat sahaja, dunia juga kita perlu kejar" yang selalu dijadika hujah supaya kita berusaha gigih, berkerja bertukus lumus dengan harapan semoga kekayaan, kesenangan, kejayaan, kebahgiaan dan apa sahaja yang kita capai didunia ini, yang kita perolehi itu akan kita gunakan untuk bebuat ibadat,menjadi amal saleh, serta membuat kita lebih dekat kepadaNya. Seperti yang dilakukan para sahabat, yang membelanjakan kekayaan kejalan Allah, mensedekahkan beratus2 unta untuk digunakan semasa berperang. Mungkin itu kesilapan penafsiran sendiri atau sogokan dari masyarakat yang menjuruskan kepada pemikiran sedemikian. Tetapi sejauhmanakah kekayaan dan kesenangan yang kita perolehi itu dikeluarkan kejalan Allah. Sebagai contoh...jika pendapatan kita RM 1000 sebulan....maka berapa yang disedakahkan setiap bulan???? RM500??atau separuh lagi??250???? tau RM 50????..atau cukupkah jika kita anggapkan belanja serta nafkah untuk anak isteri yang sememangnya dikira sebagai jihad kejalan Allah itu sebagai pengukurnya??? Berapa pula kita gunakan untuk membantu anak yatim atau orang yang memerlukan ? Jadi sejauh manakah hujah yang digunakan itu menepati apa yang kita cakapkan? Ataupun kita lupa dengan niat yang suci sebelum memperolehi rezki yang melimpah, yang kita berkerja, mengejar dunia kerana Allah...Mengumpulkan segalanya demi untuk memenuhi tuntutan kepadaNya. Masih utuhkah niat kita untuk mencari keredhaaNya melalui pekerjaan yang dikira ibadah? (Topik yang akan ada entry khas)

Setelah penggalian kepada masalah ini melalui ilmu ketuhanan (sebelum ini pernah dilakukan melalui ilmu keduniaan) beberapa keyakinan yang timbul lebih menenangkan dan melapangkan minda dan berharap semoga ia kekal sampai bila2 walaupun setelah mengecapi kejayaan dan tidak lupa akan pegangan ini. Jika dibandingkan dengan apa yang pernah dilakukan sebelum ini, ilmu keduniaan, (Psychology, Leadership, Management, Economy, serta beberapa cabang ilmu lagi)kebanyakannya ialah karya dari negara2 barat. Ia menjuruskan kepada "self confident" yang tinggi, Alhamdulillah. Dari pandagan ilmu ketuhanan (ISLAM) juga menerbitkan perasaan yang sama iaitu "self confident" yang tinggi, cuma pendakatannya jauh berbeza. Bukanlah ingin merendah2kan pandangan org barat, cuma ingin melengkapi lagi dengan sesuatu yang lebih sempurna. Disini juga saya ingin membenarkan(bersetuju) dengan kata kata pengarang Tafsir Fil Zilal, Sayyid Quttb mengenai pendedahan selama 40 Thn mengenai ilmu karya org barat, seolah2 kita hanya mengenali sifat2 atau pengetahuan mengenai zaman jahiliyyah. Kerana menurut beliau, ilmu mereka boleh dikatakan sudah lengkap cuma kekurangan dari segi "roh" sahaja. Walaubagaimanapun, faktor " roh" dalam ilmu pengetahuan sangatlah penting. Ia yang akan menghubungkan antara dunia dan akhirat. Jadi,pendapat kali ini merupakan intipati yang diperolehi setakat ini, atau hanya sedikit sahaja yang dibincangkan kali ini. (supaya tidak terlalu panjang).

Mengenai keresahan dihati mengenai rezki, masing2 menjadi risau kerana setiap individu akan merasa takut mati kelaparan atau hidup melarat dalam kemiskinan. Ini menjadi asas bisikan halus dari syaitan yang sentiasa berusaha untuk melemahkan anak adam. Dari situ timbullah berbagai pendapat mengenai panduan mencari kerja terutamanya kepada graduan yang baru menamatkan pelajaran. Ibu bapa secara langsung berkait dalam persoalan ini kerana pendapat merekalah (terutama orang Melayu) yang menjadi pegangan kepada anak2. Seterusnya memberi kesan kepada motivasi anak2 dalam mencari pekerjaan yang sesuai. Pendapat ibu bapa (melayu) memang popular supaya anak2 dapat bekerja tetap (terutamanya dgn kerajaan) supaya kehidupan yang lebih terjamin. Pendapat ini menjadi begitu popular sehingga timbul situasi dimana sesiapa yang tidak mengikut arus pemikiran ini, sedikit sebanyak dipandang rendah ataupun secara tidak langsung dihina dan dilabel tiada masa depan yang cerah. Pendapat ini tiada salahnya jika ibu bapa ingin merasa lebih selamat tentang kehidupan anak2, tetapi dikhuatiri ia akan menjejaskan akidah Islam secara tidak langsung. Secara tidak sedar ia telah menjadi syirik kecil (syirik yang sgt halus dan sangat susah dihindari) kerana merasakan keselamatan dan jaminan itu datang dari pekerjaan tersebut. Pendapat Sheikh Ibnu Atho'illah dalam Al-Hikam, beliau sangat berhati2 dalam meletakan pengharapan selain dari Allah. Sebagai contoh, mengharapkan masuk syurga kerana amalan pahala yang dilakukan akan menjadikan kita riya' dan ujub. Sedangkan kita memang diwajibkan untuk beribadah dan mendapatkan pahala. Manakala pendapat imam besar , Imam Al- Ghazali dalam Minhajul Abidin, meyatakan kewajiban kita berusaha adalah dalam bab ibadah, iaitu melakukan taat kepadaNya. Walhal dalam berusaha mencari rezki itu adalah ketentuanNya. Bukanlah kita tidak perlu berusaha, cuma kita perlu berhati2 dalam menilai usaha kita itu janganlah sampai merasa semua apa yang kita perolehi itu akibat dari usaha kita yang bersungguh2..sedangkan kalau kita berusaha 500thn tanpa henti, tanpa rahmat dan kasih sayangNya, usaha kita itu tidak berbekas sedikit pun disisiNya. Bukan juga kita hanya perlu berpeluk tubuh menunggu begitu sahaja tanpa usaha, kerana itu pula merupakan angan2 kosong orang yang mengharapkan belas ihsan dariNya. Segala amal yang kita lakukah itu hanyalah untuk menunjukan sifat kehambaan kita kepadanya, kita yang sgt lemah memerlukan segala2 dari Maha Pencipta. Ini dibuktikan dengan apa yang dibuat oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda telah dijanjikan syurga dan tempat yang paling terpuji, baginda denga rendah diri, mengabdikan diri, dengan sifat hamba kepadaNya rajin melakukan ibadah sehingga bengkak kaki Baginda. Jika dibandingkan dengan kita pula, sering merasakan apa yang kita buat ini sudah cukup, dan mengharapkan rahmatNya semudah itu. Pernahkah kita beribadah sehingga tahap itu??? Adakah kita tidak malu kepada Baginda??? Apa yang hendak diperkatakan disini, bukanlah menjadi kesalahan untuk kita mencari pekerjaan tetap(terutamanya kerajaan)tetapi persandaran kita terhadap pekerjaan tetap perlu diperhalusi serta berhati2 supaya tidak tercebur dalam syirik kecil. Terutamanya bagi sesiapa yang memandang rendah dan menghina orang lain yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Perasaan hebat, besar diri atau menyobong diri dari pekerjaan yang dimiliki juga secara tidak langsung boleh menjuruskan kita kepada riya' dan ujub. Perasaan kita yang merasa selamat kerana pekerjaan itu juga perlu diperhalusi dengan sentiasa mengigati segala kurniaNya supaya ia menjadi Rahmat bukan pula istidraj. Dengan kembalikan apa yang diperolehi kepadaNya, diharapkan Rahmat yang diperolehi ditambah supaya kita menjadi lebh dekat kepadaNya.

Wallah hu a'lam.

Bagi sub topik bekerja sendiri, pendapat akan diulas dalam entry yang berikutnya.

Wednesday, December 23, 2009

Hijrah

Oleh : MON

Saban tahun, bila memasuki tahun baru, kita akan fokus kepada azam untuk tahun baru, sterusnya muhasabah diri mengenai azam tahun lepas yang jika ada yang masih belum tertunai, barangkali boleh dilanjutkan semula azam tersebut untuk thn berikutnya. Walaubagaimanapun, dalam konsep hijrah, ia berbeda sedikit tahun pandagan dan amalan kebaratan, yang mana ia lebih memfokuskan kepada penambahbaikan iman kearah mendekatkan diri kepada Al-Khaliq. Ada pendapat dari ulama' yang mengatakan bahawa keimanan itu tidak betambah dan berkurang, seperti hitam atau putih, iaitu samada dia beriman atau kufur.Mahupun begitu mengikut pendapat Imam Ghazali dalam Minhajul Abidin, keimanan itu boleh ibaratkan seperti tenaga. Ia boleh bertambah atau berkurang kuasanya, bergantung kepada amalan, keyakin sesorang. Maka setiap hari, tenaga iman ini ( kalau boleh dibandingkan sebagai kayu pengukur )tidak statik pada kedudukan sama. Ia akan berubah mengikut amalan kita.

Jika diambil konsep hijrah dalam konteks keimanan,seharusnya kita perlu melakukan penghijrahan dari negeri kekufuran kepada negeri keimanan. Dengan taufikNya, kita merupakan orang yang paling bertuah kerana tanpa taufik dan hidayahNya, jauh sekali kita akan mendapat inayatNya. Penghijrahan dari negeri kekufuran kepada negeri keimanan ini sinonimnya dengan melakukan taubat kepadaNya. Bila sahaja kita mendapat hidayahNya, akan terdetik dihati kita untuk bertaubat. Sifat seorang manusia, sering melakukan dosa, menjadikan taubat sebagai tunggangan terpenting untuk kita berhijrah. Dengan taubat inilah kita dapat membersihkan diri dari kekotoran yang tercalit dihati sanubari.

Walaubagaimanapun, ia tidak seharusnya disalah ertikan bahawa taubat ini dilakukan pada waktu2 tertentu sahaja. Selain itu, ada individu yang sudah merasakan ingin bertaubat, tetapi menunggu masa yang sesuai kerana merasakan diri terlalu banyak dosa sehingga malu dengan diri sendiri untuk bertaubat pada ketika itu. Perasaan ingin bertaubat merupakan satu sifat yang terpuji,dan tuntutan itu perlu dilakukan segera dan tidak perlu ditangguh. Jika ingin menunggu sedikit masa untuk berbuat baik dahulu sebelum bertaubat, disinilah yang menjadi masalahnya, kerana hati yang kotor umpama berjalan dalam kegelapan. Selagi kita ingin berjalan dalam kegelapan, maka selagi itulah kita tidak akan mendapat cahaya.Boleh sahaja dibanyangkan bagaimana keselamatan perjalanan kita dalam kegelapan??? Selagi belum bertaubat, selagi itulah kita akan terus membuat dosa. Seperti kita memandu diwaktu malam, sebelum memulakan perjalanan, kita perlu membuka lampu, barulah kita nampak jalan yang kita tuju, bagaimana jika kita terus memandu tanpa membuka lampu???? Jadi untuk berhenti dari terus melakukan dosa, kita perlu bertaubat dahulu,dengan itu, hati menjadi bersih, bolehlah kita berusaha untuk meninggalkan dosa itu semuanya, itulah yang terbaik. Walaubagaimanapun, sifat manusia yang amat sukar berubah, kita boleh meninggalkan perbuatan mungkar itu sedikit demi sedikit. Bermula dari yang paling besar dosanya. Ini juga telah dibuktikan semasa permulaan dakwah Rasulullah pada zaman jahiliyah. Seruan permulaan adalah untuk mentauhidkan Allah serta meninggalkan penyembahan berhala, tidak menyekutukan Allah dengan benda lain. Jadi, tidak perlu kita mengambil tindakan yang terlalu drastik keran takut ia akan memberikan kesan kepada diri kita sendiri jika mengalami perubahan yang terlalu drastik. Biarlah amalan yang dilakukan itu sedikit dengan istiqamah dari amalan yang banyak tetapi dilakukan sekali atau jarang2 sahaja.

Janganlah pula kita merasa berputusa asa dan takut dengan dosa kita yang banyak itu, kita tidak layak untuk mendapat pengampunanNya, kerana itu merupakan tipu daya syaitan. Sifat Allah yang Maha Pengampun jauh sekali berbeza dari sifat manusia. Sebesar manapun dosa kita kepadaNya, pasti Dia akan mengampunkan dosa2 kita. Allah juga Maha Pemaaf, setelah kita bertaubat, segala apa yang kita lakukan sebelum ini akan dilupakan semuanya. Tidak seperti sifat manusia, selepas memaafkan, kita masih akan mengingati kesilapan2 yang dahulu, masih diambil kira hal2 tersebut. Tidak bagi Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pemaaf. Setelah kita bertaubat, segala rekod2 kesalahan dahulu akan dihapuskan, maka akan dimulakan dengan catatan baru.

Allah berfirman :

Katakanlah:` Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Az Zumar:53).

Ayat ini turunkan bagi memberi jaminan dan harapan kepada kaum kafir yang ingin memasuki islam, tetapi khuatir akan dikenakan azab setelah memeluk Islam kerana semasa kufur, mereka telah banyak melakukan dosa seperti, membunuh, berzina dan meminum arak. Sesungguhnya Allah amat suka kepada sesiapa yang ertaubat kepadanya.

Seterusnya, amalan taubat ini perlu dilakukan setiap masa kerana kita sering lupa dan dering melakukan dosa. Walaubagaimanapun, jika dosa2 kecil, sudah cukup dengan amalan2 soleh serta Istigfar, solat dan sebagainya. Bila kekotoran yang melekat di hati menjadi bersih, secara automatik akhlak kita akan bertambha baik dari hari ke hari. Dengan itu, dapatlah kita menuju kepada negeri keimanan dan menetap disana selamanya, InsyaAllah, semoga kita semua mendapat hidayahNya dan diberkati.

Monday, December 21, 2009

Perkahwinan adalah Ibadah

OLEH : Mon

Kesempatan cuti sekolah sinonimnya digunakan untuk melangsungkan perkahwinan serta mengadakan kenduri mengikut kemampuan masing2. Bagi yang berkemampuan, majlis diadakan dihotel-hotel mewah, 'clubhouse' atau dewan yang ditempah khas bagi mencerminkan status masing2...bagi yang ingin bersederhana pula, mungkin cukup diadakan di perkarangan rumah masing-masing...walau dimana sekalipun majlis itu diadakan, semoga semua yang baru melansungkan perkahwinan, semoga mereka akan kekal hingga ke akhir hayat, menajadi pasangan yang soleh atau solehah serta meninggalkan anak-anak yang soleh supaya keterlansungan amal ibadah mereka dapat diteruskan hingga keakhirnya,,,Yaumul Kiamah. InsyaAllah.

Bagi diri saya sendiri, cuti kali ini mencatatkan rekod yang tersendiri kerana kali inilah kenduri yang paling banyak dihadiri jika dibandingkan dengan yang lepas2. Boleh dikatakan selang sehari atau dua hari, ada saja jemputan yang perlu dipenuhi, dari sahabat handai, jiran tetangga dan juga kenalan jauh. Ini pun, ada lagi majlis belum dihadiri. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon seribu kemaafan bagi sahabat handai yang melansungkan perkahwinan luar dari kelantan,.. amanah kerja yang dipikul memang menghalang saya untuk keluar dari kelantan untuk masa terdekat ini,dan juga seribu kemaafan buat LEN.....juga kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis anda (sgt bersalah rasanya)....

Sesuai dengan mood semasa, mungkin saya ingin melontarkan sedikit pendapat disamping mengutarakan beberapa situasi yang semakin menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita dewasa ini. Walaupun tuntutan perkahwinan hanya merupakan harus dalam Islam, tetapi penekanannya memang berat. Malah ia menjadi wajib kepada individu tertentu mengikut keupayaan dan kemampuan individu tersebut...

Berkaitan dengan isu ini, mungkin kita sedikit sebanyak telah mencampurkan antara adat dan tuntutan agama dalam melangsungkan perkahwinan, sehingga ada diantara kita yang telah melebihkan adat dari agama...seharusnya ini dielakan bagi menghindari sesuatu yang kita tidak ingini pada masa hadapan.....

Jika menyebut tentang perkahwinan, kebahgiaanlah ukurannya untuk pasangan itu. Tetapi, apakah bacaan atau sukatan untuk kebahgiaan?? Inilah yang menjadi kekalutan untuk kita, kerana ia merupakan sesuatu yang subjektif, kepada sesiapa yang berjaya mengenal hakikat kebahgiaan....insyaAllah....semua ranjau akan dihadapi dengan tenang.....Hakikat kebahgiaan secara panjang lebar dibincangkan dalam Tasauf Moden, karya Prof HAMKA.

Seorang yang sakit akan merasa bahgia jika dia beroleh kesihatan, seorang pelajar akan merasa bahgia bila berolehi kejayaan dalam pelajaran, kebahgian doktor mbila melihat pesakitnya sembuh, seorang yang miskin, akan merasa bahgia bila mendapat kekayaan,....seterusnya....jika kita betul2 merasa bahgia dgn mendapat apa yang kita tidak miliki.......bagaimana pula kita akan merasa bahgia setelah kita perolehi apa yang kita impikan...adakah ia akan terhenti setakat itu sahaja?

Seorang nenek tua yang miskin, telah mencapai umurnya hampir 100 thn, merasa tiada lagi gunanya untuk dia hidup didunia ini kerana umur yang panjang tidak bisa memberikan apa-apa untuknya,suami nya sudah lama meninggal, anak2 pula sudah mempunyai kehidupan masing2, apa lagi yang diperlukanya??? mau saja dia mati, tetapi dari tahun ke tahun, tidak juga dia menemui ajalnya......Ada satu lagi, seorang kaya yang sakit tenat, duit nya berjuta-juta,, bertimbun2....sangat berharap untuk hidup lebih lama.....tetapi penyakitnya yang sangat kritikal,menyebabkan dia menemui ajalnya......andaikata dia boleh membeli nyawa, sudah pasti sanggup untuk menghabiskan kesemuanya...... tapi...hakikatnya...bagaimana??? maka.... kebahgiaan itu seperti yang kita tentukan, jika kita merasakan mempunyai harta yang banyak itu bahgia, maka kita akan berusha mencari harta,jika kita merasakan pangkat itu membahgiakan kita, maka kejarlah pangkat itu....kalo kita merasakan ketenangan itu membahgiakan...carilah ketenangan itu....kalo kita merasakan hadirnya cinta Allah dalam hati itu membahgiakan....maka carilah Allah ..Allah berfirman "sesungguhnya Aku lebih dekat dari urat lehermu "..

Mengapa saya menyelitkan sdikit tentang hakikat bahgia disini?? kerana ia amak sesuai sangat dengan topik munakahat...semua yang merancang untuk berkahwin atau ingin berkahwin, ingin mengecapi rasa bahgia....Maka...dalam hati sanubari masing2 telah tersemat impian masing2, bagaiman laluan kebahgiaan yang anda inginkan...meniti kehidupan bersama org dikasihi... Semoga dikurniakan kasih yang berpanjangan....

Dalam mencari calon yang sesuai, kita seharuanya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam selagi tidak menyalahi syara'.Jika mencari jodoh yang cantik, semoga kecantikan itu akan berkekalan sampai bila2, jika mencari yang kaya, semoga kekayaan itu terus melimpah ruah, jika mencari jaminan pekerjaan yang tetap, semoga jawatan itu berkekalan sampai bila2,jika mencari yang berpendidikan, semoga ilmu itu memberi manfaat. Jika mencari yang beragama, itu yang utama...sesiapa yang memiliki lebih dari satu kriteria, mungkin kurniaNya sangat besar untuk kita..... cubalah kita mendalami sedikit tentang Ilmu Hakikat...semoga lebih mengerti apa yang terbaik ntuk kita ...menjadi bekal ke negeri akhirat untuk mencari keredhaan Ilahi melalui ibadah perkahwinan....Jangan pula kerana ingin mencari yang cantik, yang berharta, atau berkedudukan sampai kita mengabaikan faktor agama.....

Kepada sahabat handai dan rakan taulan yang telah selamat berkahwin.... semoga pernikahan anda diberkati olehNya, Kepada sesiapa yang ingin menlansungkan pada masa akan datang ini, semoga anda bersedia untuk menghadapinNya dah dipermudahkan segala urusan. Kepada sesiapa yang baru merancang, semoga perancangan anda berjalan lancar... Dan kepada sesiapa yang telah berkahwin...tetapi diambang gelora....sabarlah....cubalah selamatkan ikatan yang suci itu daripada diruntuhkan.....semoga kita sama2 mendapat rahmat dan petunjuk dariNya.

Saturday, December 12, 2009

Cari Jodoh

Kuliah maghrib Masjid Muhammadi 12/12/2009


Semua orang dah tau pun apa guideline nak pilih menantu mengikut Islam...jadi rasanya ulasan mungkin tidak banyak membantu.....cuma satu je yg menarik apa yg ustaz tu cakapkan pasal fenomena zaman sekarang dalam memilih menantu.....

" Takpo la gano-gano pun....asal keje besar dan banyok pitih....bahgio la tu anak kito ..."

n satu lagi

" Xpo la gano2 pun...asal lawa so karo pun jadi lah..."

Maybe kene format balik fikiran orang zaman lonih.....or itu adalah trend zaman moden :)

Wallah hu a'lam.....

Friday, December 4, 2009

Peringkat Awarid

kuliah maghrib masjid muhammadi 4/12/2009 dan 11/12/2009

Oleh : MON

Kesibukan lewat ini sedikit sebanyak membataskan waktu untuk menulis disini. Maka dikesempatan ini, saya gunakan untuk mengabungkan kuliah selama 2 minggu dalam entry ini sahaja....

Masih berkisarkan tentang perjalan ibadah seorang hamba kepada Penciptanya..Kini beralih kepada peringkat godaan iaitu rintangan yang terbentang di tengah2 jalan ibadah. Perbincangan ini merupakan mukaddimah bagi setiap pecahan subtopik yang akan dihuraikan secara detail pada masa hadapan. Jadi ia merupakan pengenalan secara ijmi'ah kepada perkara yang berkaitan. Jika peringkat sebelum ini dinamakan sebagai aqabah awaiq, peringkat seterusnya dikenali pula sebagi Aqabah Awarrid, iaitu peringkat rintangan yang kita hadapi semasa ingin melakukan ibadah.

Jika peringakat awaiq dianalogikan sebagai godaan di tepi jalan, Awarrid pula boleh dianalogikan sebagai rintangan di tengah jalan, seperti tanah runtuh, pokok tumbang atau sebagainya. Oleh itu, kita seharusnya mencari jalan alternatif atau membuang segala rintangan itu sebelum boleh meneruskan perjalanan ke destinasi ibadah yang diterima oleh Allah.Bukan setakat ibadah kita itu sah mengikut syariat, malah ia diterima olehNya.. Umpama kita ingin mempersembahan sesuatu hadiah kepada raja, maka kita seharusnya menghadiahkan sesuatu yang sempurna, jika ada cacat cela terhadap barang tersebut, mungkin raja akan merasa terhina kerana pemberian yang kurang elok seolah2 menjatuhkan martabanya. Apa lagi kalo kita persembahkan sesuatu untuk Allah Yang Maha Agung, raja sekalian raja.....apakah perasaan kita kalau kita mempersembahkan ibadah yang penuh dengan cacat celanya, dari segi penerimaanNya, itu terserah kepada Yang Maha Kuasa kerana segala amal ibadah yang sempurna sekalipun tidak merubah sifatNya. Dia tidak menjadi sempurna kerana ibadah yg kita persembahkan, jika kita tidak melakukan sebarang ibadah sekalipun, Dia tetap Maha Agung dan Maha Besar. Jadi semua amal ibadah itu hanyalah untuk menunjukan sifat kehambaan kita kepadaNya.

Peringkat Awarrid juga tebahagi kepada 4. :

1. Rezeki.
Oleh sifat hamba yang sangat lemah, kita memerlukan rezeki untuk terus hidup. Jadi perasaan ini membuat kita menggunakan banyak masa bagi mencari rezeki, memperolehi makanan, pakaian, tempat tinggal. Tetapi, bagi sesiapa yang leka, mereka akan terlalu mengejar dunia dengan alasan mencari rezeki untuk memenuhi keperluan sendiri sehinggakan kadang2 mereka alpa tentang tanggungjawab terhadap Maha Pencipta.Dari sini la segala tipu daya itu terbit.Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang tiada ilmu, maka dia akan tersesat atau teraba2 bagaimanakah mahu mencari rezeki. Walaubagaimanpun....masalah rezeki ini boleh diselesaikan dengan tawakkul(kita sering menyebutnya sebagai tawakkal). Seorang muslim hendaklah bertawakkal kepada Allah tentang rezki kerana ia telah ditetapkan sebelum penciptaan alam ini lagi, sekiranya rezeki itu telah tertulis untuk kita, ia pasti akan datang kerana janji Allah kepada orang beriman itu tidak pernah tersasar. Walobagaimanapun, maksud tawakkal ialah menyerah diri kepada Allah setelah berusaha dengan bersungguh2(hukum berusaha itu wajib)....tetapi keputusannya, terserah kepada Yang Maha Esa dan sedikit pun ia tidak dipengaruhi oleh usaha kita itu kerana hanya Dia yang mengetahui perkara2 ghaib.

2. Bahaya.

Oleh kerana sifat hamba itu lemah, maka, terbit dalam hatinya sifat gundah gulana, tidak tau tentang bahaya yang akan dihadapinya pada masa hadapan, maka perasaan takut ini boleh memberhentikan segala perbuatan ibadah kerana dia sibuk memikirkan tentang bahaya2 yang mungkin dihadapinya. Dia akan teraba-raba yang mana baik atau yang mana buruk untuknya. Dalam melakukan ibadah juga mungkin itu menjadi buruk kepadanya takut2 ibadah itu dilakukan dengan tidak ikhlas atau ibadah yang sempurna kemudiannya rosak akibat dimasukan dengan riya'. Maka dalam masalah ini, kita perlu bertafwid kepadaNya.Maka, setiap perbuatan itu perlu ditafwidkan ( berserah diri kepada Allah) semoga setiap apa yg dilakukan itu akan jatuh kepada benda yang baik.

3. Kesulitan dan Kesedihan.

Dia mengalami berbagai kesulitan dan kesedihan akibat apa yang berlaku dalam hidupnya. Mungkin dia telah melakukan segala ibadah, melawan hawa nafsu dan ajakan syaitan. Cuba menjadi lebih baik dari dahulu, tetapi dia tetap mengahadapi segala kesulitan. Mungkin juga merasa segala bala musibah dariNya.Jadi rintangan ini dapat diatasi denga sifat sabar.. kerana sifat hamba yag serba kekurang tidak akan mengerti ketentuannya. Barangkali kita tidak nampak kebaikan untuk diri kita dan Dia sahaj yang lebih mengetahui segalanya. Kadang2 kita suka kepada benda yang buruk untuk kita dan jugak mecintai benda yang buruk untuk kita. Contohnya, kita sangat mencitai kekayaan sedangkan kita tidak tahu jika kita mendapat kekayan, itu akan menyebabkan kita menjadi kufur. Sebaliknya, ada juga orang yang lebih baik menjadi kaya kerana jika dia menjadi miskin ia menjadi kufur. Tentulah nikmat iman itu lebih besar dar segala nikmat dunia yang kita hanya nampak dengan pancaindera. Dengan sifat sabar itulah peringkat iman kita akan meningkat, kerana Allah amat menyukai orang2 yang sabar. Mungkin bala yang menimpa kita itulah yang menyebabkan kita mendapat hidayat dan inayatNya jika kita bersabar.

4. Takdir.
Sebelum kita dilahirkan lagi, sebelum kewujudan alam ini, takdir kita telah ditetapkan olehNya. Kadang2 ia manis dan kadang2 ia pahit. Kalo ia merupakan takdir yang manis, maka kita seharusnya banyak bersyukur dan tidak takabbur dengan segala nikmat yang diberikan. Maka janganlah kita menyombong diri jika hidup kita sangat manis bukan senang untuk kita bersyukur kerana merasa diri ini lebih juga akan menyebabkan kita menjadi ingkar. Sebaliknya, kepahitan hidup banyak mempengaruhi cara kita beribadat. ia menjadi rintangan yang tertalut perit untuk kita hadapi. Maka dalam menghadapi rintangan ini. kita seharunys redha dan ikhlas menerima takdir dariNya.Sifat ini sangat terpuji. Jika kita menerimanya dengan ikhlas dan redha....ia menjadi satu hikmah untuk kita kerana setiap musibah dan bala itu akan menghapuskan segala dosa selain boleh menyuburkan perasaan kita untuk mencintai Allah sedalamnya.

Dengan bertawakkal,bertafwid, bersabar dan redha, maka segala rintangan yang dihadapi dengan sendirinya dapat diselesaikan dengan mudah dan yakin....maka dengan itu tiada lagi masalah untuk kita melakukan ibadah kepadaNya.

Walaubagaimanpun,selepas dah lalui sume tu.....ada plak sifat malas, lesu tiada ghairah terhadapa ibadah....ni dah memang biasa la...makhluk....jadi...untuk menjadikan kita rajin wat ibadah perlu lah ada pendamping yang dapat membimbing kita. Pembimbing ini adalah pengendali sifat harapan dan takut ( Raja' dan Khauf).

Raja' iaitu mengharap balasan baik dari Allah seumpama mengharapkan Rahmat dan pengampunan dariNya. Ia akan membuatkan kita bersungguh2 ingin mencapai syurga. Manakal Khauf pula sifat takut akan azab dan siksanya, jadi kita berhati2 dan juga rajin berusaha untuk mengelakan dari ancaman dan seksaannya seterusnya mengelakan daripada maksiat.

Sbeagai penutup ada beberapa kata2 yang mungkin boleh kita fikirkan bersama. Apa yang diutarakan ialah mengenai pengharapan dan sandaran yang diletakan ditempat yang salah oleh masyarakat kita. Jadi ini petikan dari kata2 ustaz .

" Oleh kerana kita sudah berjaya meletakan tawakkal sebagai perisai untuk mencari rezki, maka ia seumpama kita telah mengambil insuran untuk harta benda kita. Jika berlaku apa-apa bencana kepada harta tersebut, kita dapat 'claim' dari pihak insuran untuk mendapatkan ganti rugi. Jadi perasaan selamat ini, membuatkan kita jadi tenang dan tidak memikirkan masalah rezeki secara mendalam kerana kita telah sandarkan kepada Allah. Maka terbitlah perasaan tenteram didalam hati tentang masalah mencari rezki. Inilah kelebihan takwa. Adapun, perasaan ibu bapa yang merasakan selamat dan tenteram kerana anak2nya berkerja kerajaan. Maka dianggap rezkinya telah tetap... maka ia harus berhati2 kerana kepercayaan itu seharusnya disandarkan kepada Allah semata2..Kerana takut kita meletakan harapan pada tempat yang salah, iaitu berharap kepada makhluk."

wallah hu a'lam...

Tuesday, November 24, 2009

Friday, November 20, 2009

AQABAH TAUBAT dan AWAIQ

Ulasan Kuliah Maghrib Masjid Muhammadi Kota Bharu, 20/11/2009
Berdasar Buku Minhajul Abidin, Imam Ghazali.

Oleh : MON

Keterlansungan dari topik minggu lepas mengenai aqabah ilmu, kuliah diteruskan dengan menyentuh fasa selepas sesorang sudah bersedia untuk melakukan ibadah seperti yang ilmu yang telah diperolehi. Setelah ilmu fardhu ain yang telah didalami, sesorang itu hendak melakukan ibadah dengan sebenarny. Dengan taufik hidayah yang dikurniakan secara berterusan, kita seharusnya sentiasa untuk memohon agar taufikNya tidak akan pernah putus dari sampai kepada kita. Dengan taufikNya..kita akan sentiasa merasakan diri ini sentiasa penuh dengan noda dan dosa, Jika seorang itu mendapat taufik dan hidayat, maka dia akan sentiasa ingin bertaubat setiap hari, kerana dia tau, setiap masa dia melakukan dosa,setiap hari pasti kita akan melakukan dosa, maka sesiapa yg tidak bertaubat, maka hatinya akan sentiasa menjadi hitam dan lebih hitam. Dosa ini umpama mewujudkan sabuah dinding diantara kita dah Allah s.w.t. Maka dengan taubat lah kita dapat merobohkan segala benteng dari terus menjauhi Allah.

Bertaubat ialah bertujuan mengekalkan atau supaya kita memasuki daerah keimanan, dimana, Allah hanya akan menjaga sesiapa yang berada dalam daerah keimanan ini. Bagi sesiapa yang terus melakukan dosa, maknanya dia semakin menjauhi keluar dari daerah keiman kepada daerah kekufuran. Oleh kerana Allah hanya akan menolong org yg bertaubat kepadanya, maka setiap hari kita perlu untuk terus bertaubat, jangan kita leka sehingga tertarik kepada daerah kekufuran. Jika dosa-dosa kecil, ia cukup sekadar dengan berzikir dan amalan soleh, manakala, jika kita melakukan dosa besar, kita hendaklah meniggalkan perbuatan itu. Jika kita tetap melakukan kesilapan tersebut, maknanya taubat kita itu tidak sejati.

Dalam memotong aqabah taubat(imam ghazah menganalogikan rintangan itu sebagai aqabah(bukit), jadi...dalam maksud asal, beliau menngunakan sebagai mendaki bukit) ia memerlukan pemahaman yang begitu mendalam terhadap rintangan2 yang akan dihadpi. Ia boleh disama seperti kita ingin menuju kejalan taubat, kita perlu melalui jalan yang betu. Ditepi2 jalaun ini, penuh dengan godaan yang akan menyulitkan dan mendorong kita untuk lambat sampai ke destinasi taubat.

Dalam contoh ini, ustaz membadaingkan seperti kita sedang melalui satu jalan, tiba-tiba kita tersekat dengan kesesakan lalu lintas. Ia akam melambatkan kita dari sampai ke destinasi yang kita tuju. Bila berhadapan dengan kesesakan ini, ia hanya disebab kan oleh pembukaan gedung pasaraya yg baru. Sedangkan jalan itu tiada masalah apa pun. Pembukaan gedung itu sebagi godaan untuk kita....jika kita tidak dapat menahan godaannya... kita akan berhenti, dan terus turut serta dalam memriahkan pembukaan pasaraya baru itu...... Dengan segala promosi hebat, kita menjadi terus lalai, kerana membelanja kepada perkara2 yang tidak perlu. Begitu lah umpana godaan yang akan dihadapi oleh org yang ingin bertaubat.

Dalam perjalanan bertaubat, Rintangan seterusnya ada lah AWAIQ, atau disebut sebagai aqabah awaiaq. Peringkat yang perlu kita fahami supaya kita tahu akan segala godaan yang selalu kita lalui. Dengan taufikNya juga kita akan kenal dengan segala rintagan-rintangan ini.

Oleh itu, kita harus fahami tentang 4 godaan dalam melakukan ibadat. Secara mendalam, ia memerlukan masa yang lebih, jadi secara terperinci, ia akan dibincangkan pada minggu2 hadapan, manakala, pada minggu ini hanya cukup dengan pengenalan kepada peringkat2 tersebut.

1. Dunia dan isininya
Dunia ini seluruhnya merupakan satu rintangan untuk kita melakukan ibadah. Jadi perlu difahami mengenai segala isi dunia yang menggoda kita kita dari melakukan ibadah dengan tenang. Cara yang terbaik untuk mengatasi godaan ini ialah dengan sifat zuhud.

2. Mahkluk tuhan.
Secara kasarnya, ia lebih memfokuskan kepada manusia, kerana secara kita tidak sedar, manusia banyak mempengaruhi kita dari melakukan ibadah, Mungkin keluarga,isteri, anak-anak, sahabat handai secara tidak lansung menarik kita dari melakukan ibadah. Faktor ini boleh dielakan dengan beruzlah. Mungkin beruzlah berseorangan diri amat susah dilakukan keran manusia merupak makluk Tuhan yang secara azalinya memerlukan sosial dalam kehidupan, jika kita terus berseorangan, mungkin menyebabkan kita menjadi gila, jadi untuk mengelakan kita terus bersama dengan manusia2 yang memperngaruhi kita kearah kemaksiatan, kita dibolehkan untuk beruzlah dalam kelompok yang soleh.

3. Syaitan
Sejak kita lahir, kita akan diekori oleh syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan kita, Syaitan dengan segala tipu helah tidak pernah berputus asa untuk menghasut kita dari terus beriman. Jadi untuk memudahkan kita melakukan ibadah dan mengelak hasutan syaitan, kita harus melawan musuh ini dengan kekuataan dan ilmu mengenainya. JIka kita tahu taktik2 yang digunak syaitan, sudah pasti kita dapat menilai setiap tingakah laku kita dengan hasutan syaitan. Maka ia harus dilawan dengan mujahadah.

4. Nafsu.
Peringkat ini merupankan peringkat yang palin sukar. Jika kita dapat melawan syaitan, ia lebih senang kerana syaitan merupakan musuh kita. Nafsu pula, merupak diri kita sendiri. Ia lebih sukar untuk melawan diri sendiri jiwa dibandingan dengan musuh. Pendekatan yang kita perlu ambila ialah dengan mendidik hawa nafsu serta lemahkannya . Hawa nafsu seolah2 binatang buas yang boleh dijinak dengan ganjaran yang setimpal.

Monday, November 16, 2009

Korban

Ulasan kuliah Maghrib 16/11/2009, Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Hari ni, topik yang dibincangkan mengenai ibadah korban yang kita semua akan lakukan minggu hadapan, mengambil kesempatan ini, ustaz menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum korban serta amalam-amalam sunat yang boleh dilakukan pada waktu ini, sehinggalah pada hari raya ...

Pertama sekali mengenai amalan yang sunat dilakukan. Seeloknya bagi sesiapa yang berniat ntuk mengerjakan ibadah korban, dianjurkan supaya dia melakukan atau meninggalkan larangan2 kecil seperti org yang berada dalam ihram bermula dari 1 Zulhijjah.....larangan tersebut seperti, memotong kuku dan mencabut apa jenis bulu.

Selain itu, jika berkempampuan, eloklah berpuasa dari 1 - 9 Zulhijjah , ataupun,, sekurang2nya...8 atau 9 Zulhijjah. Ganjaran Pahala sangatlah besar bagi sesiapa yang ingin mencari keredhaan Allah.

Mengenai Hukum Korban pula, Ustaz sempat mmbincangkan 3 situasi atau keaadan mengikut hukum syariat.

1. Pada dasarnya, mengikut pendapat jumhur ulamak ia merupakan sunat muaakdah,(tapi ustaz sebutkan sebagai sunat kifayah,,,,saya pun xpasti mengenai sunat kifayah ni)..apa yang ustaz maksudkan dengan sunat kifayah ialah,bagi setiap rumah atau keluarga, memadai dengan seorang sahaja yang mengorbankan satu bahagian. Jika sudah ada satu yang dah mewakili seluruh keluarga, ia sudah cukup untuk membersihkan dosa bagi keluarga tersebut, jika berkemampuan, lebih elok jika di sedekahkan atau diberi pluang kepada keluarga yang kurang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban.

2. Hukum menjadi wajib jika sesorang itu bernazar untuk melakukan korban. Pada situasi ini, org yg bernazar itu haram memakan daging korban tersebut, jika dia termakan, maka wajib diganti dengan jumlah yang dimakan dengan daging lain, ataupun sama nilai dgn apa yg dia telah makan. Disamping ia juga haram untuk dijual beli.

3. Hukum menjadi wajib disebabkan taklik....ustaz amat menitik beratkan persoalan ini kerana, lazimnya, kesalahan ini paling banyak dilakukan dalam masyrakat. Hukum akan menjadi wajib setelah, tuan lembu, unta atau haiwan sembelihan menyebut haiwan tersebut merupakan haiwan korban. I ni kerana, jika kita melafazkan haiwan tersebut sebagai haiwan korban, secara automatiknya ia menjadi milik Allah s.w.t Maka hukumnya juga haram bagi pemilik tersebut makan, jual beli. Maka setelah dikorbankan ia wajib disedakahkan.Mungkin persoalan ini perlu diperhalusi lagi bagi meleraikan segala kekusutan tentang permasalahan lafaz taklik seperti yang ustaz maksudkan.

Kuliah ditangguhkan selam 4 minggu....ustaz nak gi wat haji plak ;)

wassalam...

Sakaratul Maut

Kuliah Maghrib 15/11/2009 , Majid Muhammadi, Kota Bharu.
Menelaah Karya Imam Habib Abdullah Haddad. Terjemahan Bahasa Melayu;Nasihat Agama Wasiat Iman

Oleh : MON

Kali ini, topik yang dibicara ialah mengenai persedian sebelum mati, sejauh mana kita sudah bersedia untuk mati, bagaimana dengan bekalan kita untuk akhirat. Bagi sesiapa yang akan masuk syurga tanpa hisab....sangatlah beruntung....kerana MIZAN itu sangat perit dan lama.....walaubagaimana pun...sebelum sampai ke akhirat, semua akan merasai mati, tidak ada seorang pun akan terlepas dari merasai kematian ini dan semua urusan ini hanya Allah yg mengetahuinya.... Jadi kita haruslah sentiasa mengingati mati sentiasa dekat dengan kita dengan mempersiapkan diri setiap masa. Bila disebut pasal mati... setiap orang akan melalui sakaratul maut, yang mana....ia amatlah pedih....tak seperti yang kita selalu sebutkan bila melihat rakan-rakan atau sanak saudara mati. Bagi pandangan mata, kita kekadg nampak seseorang itu sgt tenang semasa menghempuskan nafasnya. Ungkapan " Nampak tenang je dia meninggal" memang biasa kita ucapkan bagi mengambarkan betapa senangnya sesorang itu meninggal.

Dengan mata kasar, ketenangan itu hanya kita nampak kerana Allah menutup pandangan hakikat... Jika kita dapat melihat hakikat...ternyata kita tidak sanggup untuk memikirnya pun....cuma kekadang Allah buka sedikit hakikat itu sebagai pengajaran dan pedoman untuk kita..

Untuk kita lebih mengambil iktibar mengenainya..... Diceritakan kepedihan Rasulullah ketika Malaikat Izrail melaksanakan tugas kepada baginda. Allah s.w.t menyeru Izrail a.s supaya sebelum mencabut roh dari Baginda, mintaklah izin dengan Baginda terlebih dahulu, jika Baginda tidak mengizinkan, maka baliklah dan datanglah kembali kepada Allah. Selain itu Allah s.w.t berpesan agar Izrail a.s melaksanakan tugas tersebut dengan cara yang paling lembut supaya tidak menyakiti kekasih Allah s.w.t.

Untuk menghayati kisah kewafatan Rasulullah dengan lebih baik,, dilampirakan penulisan dan penyampaian seorang yg ternyata lebih baik dr saya mengenai kisah ini dari blog Kabar Dari permata timur. http://iwan-uni.blogspot.com/2005/11/tatkala-rasulullah-wafat.html


Mohon dibaca perlahan-lahan sampai habis.
DIRIWAYATKAN dalam salah satu hadis, bahwa surah Al Maa'idah ayat 3 diturunkan sesudah waktu asar, hari Jumaat di padang Arafah, pada musim haji penghabisan [Wada*]. Saat itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah, duduk di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada untanya. Untak lalududuk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan agamamu. Maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang oleh-Nya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu. Beritahu mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Begitu Malaikat Jibril a.s. pergi, Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah, terus ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabatnya, ia menceritakan apa yang telah dialaminya. Saat para sahabat mendengar hal yang demikian mereka pun gembira: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."

Abu Bakar r.a. berbeda reaksinya. Ia tidak dapat menahan kesedihannya. Ia lalu kembali ke rumah, lalu mengunci pintu, dan menangis sekuat-kuatnya, dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain. Maka berkumpulah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempurna."

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu. Tidakkah kamu tahu bahwa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah kekurangannya. Turunnya ayat tersebut hanya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim. Para isteri nabi menjadi janda."

Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka didengar para sahabat yang lain. Maka mereka pun memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a. Kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau."

Saat Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.. Begitu Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?" Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat.

Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat." Begitu Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya.

Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang di langit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat maupun yang di laut turut menangis. Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka.

Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari. Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan shalat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan shalat dua raka'at bersama semua yang hadir.


Setelah selesai mengerjakan shalat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mau mengemukakan hal ini."

Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang,setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]." Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu.

Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau." Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash."

Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?." Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Falimah r.a., begitu Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua."

Saat Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah s.a.w.oleh itu kamu pukulah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w."

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w."

Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, begitu Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Begitu 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu.

Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga." Saat ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a.

Beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya.''

Kata Rasul selanjutnya, ''Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalati aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bershalat ke atasku."

Begitu para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahwa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w..

Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.

Saat waktu subuh hampir hendak pupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir."

Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Begitu Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan.

Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid.

Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah. Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahNYA. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."


Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" ["Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?"]

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu."

Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggilmu, dan aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya."> Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur."

Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Saat Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku."

Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?"

Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w.

Saat Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu di langit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu.

Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik r.a. berkata: "Saat roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."

Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahwa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Diambil dari milis Ida-Krisna Show, sebuah program Radio Delta FM, Jakarta. Kisah ini dipostingkan di sini di hari terakhir Ramadhan 1426 H, sebagai sebuah renungan. Semoga Allah SWT melimpahi kita pahala. Dan puasa kita diterima Allah SWT.


MON- JIka kekasih Allah begitu perit menghadapi sakaratul maut, bagaimana pula kita seorng insan kerdil yang selalu lalai, yang masih byk dosa kita lakukan setiap hari....Bagaimanakah saat kita merasainya? dikala Izrail datang memanggil.... semoga kisah ini dapat menjadi panduan untuk kita.

Friday, November 13, 2009

Aqabah Ilmu

Kuliah Maghrib, 13/11/2009 , Masjid Muhammadi, Kota Bharu.
Menelaah Karya Imam Al- Ghazali, Minhajul Abidin..

Oleh : MON

Hari ini masih lagi membincangkan tentang Aqabah Ilmu iaitu tahap kedua selepas seseorang mendapat sinar cahaya dari kegelapan. Kesedaran dari keadaan gelap kepada cahaya ini membuatkan sesorang itu ingin melakukan ibadah dengan lebih tekun. Oleh itu, dia tidak boleh tergesa2 melakukan ibadah kerana kekurangan ilmu.

Setelah hati kita digegarkan oleh tuannya ( Allah), perasaan itu mnyebabkan kita akan menjadi takut, menyesal dengan kesilapan, kejahilan, atau zaman gelap yg kita lalui sebelumnya.. perasaan yang membuak2 itu mendorong kita ntuk kembali ke jalan yang benar. Pada dasarnya, waktu itu, kita merasakan diri ini kosong....untuk melakukan ibadah, kita perlukan ilmu.Kerana dari ilmu itu akan melahirkan keyakinan... Tanpa ilmu, yakin itu tidak akan hadir, lantas, kalo kita beribadah dalam keadaan itu, ibadah kita tidak sempurna dan tercari2. Ibadah yang terbahagi kepada dua iaitu ibadah fizikal dan ibadah hati. Peringkat inilah dinamakan aqabah ilmu kerana rintangan ilmu ini akan membezakan keyakinan yang akan kita perolehi. JIka tanpa ilmu, yakin itu tidak akan hadir, malah syaitan akan mengambil kesempatan ini untuk terus menghasut kita dari mendapat keyakinan kerana syaitan telah kalah di peringkat pertama, semasa hati digegarkan Allah. Sifat syaitan memang berusaha untuk terus menyesatkan manusia dari beribadah.

Maka, pengetahuan dan keyakinanNya akan perkara-perkara ghaib(Tuhan)itu akan mendorongny berkhidmat dan melakukan ibadat dengan sepenuh hati,menghambakan diri kepada si Pemberi nikmat. Ini bererti dia telah menemui apa yang selama ini dicari.

Akan tetapi, dia masih belum mengetahui cara untuk beribadat. Selepas mengenal Tuhan. bagaimana pula dia ingin beribadat dan mengabdikan diri kepadaNya? Apa yang diperlukan untuk berkhidmat kepadanya fizikal dan hati.??

Selepas dia mengetahui cara makrifat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dia akan bersungguh2 mempelajari ilmu ibadat.

Namun, peringkat selanjutnya, setelah dia mengetahui ilmu2 itu, dia pula akan menyedari yang selama ini dia telah banyak melakukan dosa dan maksiat. Maka dia akan terus mencari ilmu bagaimana dia hendak bertaubat, kerana sebelum melakukan ibadat, dia perlu membersihkan diri dari kekotoran dan kekejian yang pernah dilakukan,dia perlu melaui peringkat taubat pula.

Peringkat2 ini ada beberapa lapis lagi sebelum dia betul2 dapat mengatasi aqabah...

Wednesday, November 11, 2009

Rahmat Allah Mengatasi Segala Amalan Baik

Oleh: MON

Ketahuilah bahawa seorang Mu'min yang mengambil berat tentang agamanya, yang teguh ilmu dan keyakinannya akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kearah yang lebih soleh dengan melipatgandakan usahnya tanpa mengira apa hasilnya. Kerana dia sentiasa takut akan takdir Allah S.W.T. Setelah dia berusaha dengan gigih tanpa mengira penat lelah, barulah dia bertawakkal dengan Allah dengan sebenar-benarn yakin, segala rahmat yang diperolehinya sama sekali tidak bergantung dengan usahanya kerana dia tidak bergantung kepada amal baktinya melainkan dengan Kekuasaan Allah Yang Maha Halus mengatur perjalanan alam serta isinya. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada seorang pun yang boleh memasuki syurga dengan amalannya. Para sahabat bertanya: Apakah engkau pun sama juga, wahai Rasulullah? Ujar Baginda: Begitu juga aku, melainkan jika Allah melitupkanku di dalam rahmatNya."

Ini dibuktikan dengan Rasulullah sendiri dengan rajinnya banyak mengerjakan amal soleh, sehingga kedua tumitnya bengkak kerana terlampau banyak sembahyang di waktu malam walhal baginda telah dijanjikan syurga. Apatah lagi kita umat yang amat lemah, sering melakukan maksiat kepadaNya.

Meskipun begitu, ada umat yang banyak mengerjakan banyak amal soleh, kemudian dia bergantung dengan suma amalan itu, dia adalah orang yang ujub(megah) dengan dirinya, berani dengan Tuhannya. Mungkin suatu masa kelak, dia akan diuji Allah dengan sesuatu bala', sehingga dia sedar akan dirinya yang bersifat lemah itu dan segala amal solehnya tidak mungkin berlaku, jika bukan dengan rahmat dan kurnia Allah Ta'ala.

Allah berfirman :

" Dan kalaulah tiada kerana kemurahan Allah dan rahmatNya kepada kamu, tiada seorang pun diantara kamu yang bersih buat selama-lamanya, akan tetapi Allah mensucikan orang-orang yang disukaiNya, dan Tuhan itu Maha Mendengar dan Maha Tahu." (An- Nur: 21)

Adalah diceritakan, bahawa seorang hamba Allah telah beribadat kepada Allah Taa'la selama 500 tahun. Pada Hari Kiamat, Allah berkata kepadanya: Wahai hambaKu! Masuklah syurga dengan rahmatKu! Jawab hamba itu dengan protes: Bahkan, ya Tuhan! Masukanlah aku ke dalam syurga kerana amalanku. Maka Allah s.w.t. pun memerintahkan supaya ditimbang segala amalan hamba itu dengan satu nikmat saja; iaitu nikmat melihat. Ternyata berat timbangan nikmat melihat itu menyamai seluruh berat amal ibadatnya, sedang diatas hamba itu masih ada banyak lagi nikmat-nikmat lain yang masih belum ditimbang, maka Allah memerintahkan supaya ia dibawa masuk kedalam neraka. Ketika itulah, hamba itu baru sedar lalu merayu: Ya Tuhanku! Aku terkhilaf, kini masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatMu! Lalu Allah pun memerintahkan supaya ia dibawa masuk kedalam syurga, seraya Allah yang bersifat Maha Besar dan Maha Tinggi memuji hamba itu .

Jadi, kita perlu mengambil dua langkah dalam meningkatkan iman kita kepadaNya, pertama, memperbaiki amalan kita dan keduanya bergantung kepada Allah dan menyingkirkan selainNya.Kita tidak kemana pun tanpa rahmatNya sedangkan kita wajib beramal menurut perintahNya.

Berkata Syaikh Abu Said Al_ Kharraz r.t :

"Siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala dengan amalannya, maka ia adalah seorang yang membuang masa. Dan siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala tanpa amalan pula, maka ia seorang yang berangan-angan kosong."

Sebab orang yang berangan kosong itu tiada membekalkan diri dengan apa-apa amalan pun, lalu ia mendakwa menyerahkan dirinya kepada Allah dan mengharapkan rahmatNya. Yang demikian itu adalah suatu sikap yang bodoh dan terpedaya. Segala rahmatNya tidak akan sampai kepada kita melainkan setelah kita berbakti dan beramal soleh seperti yang dikatakan oleh Al-Hassan Al-Bishri r.t:

" Sesungguhnya mencita-citakan pengampunan itu telah memperdaya banyak orang, sehingga mereka meninggalkan dunia ini dalam keadaan bangkrap."

Iaitu tanpa amal soleh sama sekali.

Beliau menambah lagi

"Sesungguhnya orang Mu'min itu berbakti seraya gementar terhadap Allah Ta'ala. Manakala seorang Munafiq pula membuat kejahatan seraya merasa aman dan sentosa sepanjang masa."

Sifat ini agak terbalik kerana sifat bersalah sepatutnya ada pada orang yang berbuat salah kerana dikhuatiri akan ditimpa kemurkaan Allah tetapi merasa aman sentosa meskipun berbuat salah kerana hatinya jugak telah terbalik dan mata hatinya telah buta.

Jadi, untuk mendapat keredhaan dan rahmatNya, kita seharusnya berusaha sehabis baik dengan ikhlas tanpa mengira apakah ganjarannya seterusnya hanya berharap pada Allah Ta'ala.

" Ya Allah! Ya Tuhan kami! Berikanlah kami petunjuk, dan pimpinlah kami ke jalan yang Engkau cinta dan redhai. Sebenarnya kami telah menyerahkan diri kami kepadaMu. Wafatkanlah kami sebagai orang-orang Muslimin serta golongkanlah kami bersama-sama orang-orang solihin!"


Rujukan : An-Nashaaih Ad-Diniyah Wal_ Washaaya Al-Imaaniyah ( Nasihat Agama dan Wasiat Iman ) Imam Habib Abdullah Haddad.
Panduan : Kuliah maghrib, Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Sunday, November 1, 2009

Rasulullah s.a.w Suami Contoh

Oleh Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid


Kebahagiaan keluarga merupakan tunjang bagi kejayaan seseorang. Melalui keluarga akan nanti melahirkan ulama, cendiakawan, usahawan atau pimpinan yang unggul.

Suami dalam keluarga memainkan peranan penting dalam memimpin seisi keluarga. Melalui kepimpinan suami itulah mempengaruhi kejayaan dan kebahagiaan sebuah keluarga.

Bagaimanakah ciri-ciri suami yang berjaya?

Bagi menjawab persoalan ini kita perlu menyelusuri sirah Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami yang berjaya malah Baginda mempunyai ciri-ciri suami idaman seluruh wanita.

Ciri-ciri tersebut termasuk:

1- Menyayangi isteri dengan sepenuh hati

Rasulullah s.a.w. menyayangi Khadijah r.a. dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayanginya kerana:

* Khadijah tinggal bersama Baginda selama suku abad dan mereka sama-sama merasai saat-saat suka duka.
* Dia membantu Baginda ketika suasana yang getir dan sukar.
* Dia sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.
* Dia menyertai Baginda dalam jihad menegak agama Allah.
* Dia mengorbankan kepentingan diri dan harta bendanya.
* Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118)

2- Romantik

Rasulullah s.a.w. juga merupakan seorang yang romantik. Bagaimana romantiknya Rasulullah?

* Tidur bersama isteri dalam satu selimut – Daripada Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a., selalu mandi bersama dalam satu bekas. Dan pernah suatu ketika Baginda tidur dengan Aisyah dalam satu selimut, tiba-tiba Aisyah bangun. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangun?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid wahai Rasulullah,” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah dan pakaikan kain dan dekatlah kembali kepadaku.” Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama Baginda.” (Riwayat Sa’id bin Manshur)
* Saling memakaikan wangian – Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyakkan badannya, Baginda akan memulai dengan auratnya, menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri Baginda meminyakkan bahagian lain daripada tubuh Rasulullah s.a.w.” (Riwayat Ibnu Majah)
* Mandi bersama isteri – Daripada Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku pernah mandi bersama Nabi s.a.w., menggunakan satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bekas tersebut).” (Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
* Minum menggunakan bekas yang sama – Daripada Aisyah r.a. dia berkata, “Saya pernah minum daripada cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum. Kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup airnya, kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.” (Riwayat Abdurrazaq dan Sa’id bin Manshur)
* Membelai isteri – “Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah berlalu setiap hari melainkan Baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama (bersetubuh) sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di sana.” (Riwayat Ahmad)
* Mencium isteri – Daripada Hafshah, puteri Umar r.ha. : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Riwayat Ahmad)
* Berbaring di pangkuan isteri – Daripada Aisyah r.a., “Nabi s.a.w. meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran.” (Riwayat Abdurrazaq)
* Panggilan mesra – Rasulullah s.a.w. memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira‘ (si pipi merah delima).
* Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra – Nabi s.a.w. memicit hidung Aisyah r.ha. sekiranya dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Riwayat Ibnu Sunni)
* Memberi hadiah – Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. berkahwin dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya: “Sesungguhnya aku hendak memberikan hadiah kepada Raja Najasyi sepersalinan pakaian dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui bahawa Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Benarlah keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikan kepada isteri-isterinya sebotol minyak kasturi, manakala baki daripada minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda beri kepada Ummu Salamah.” (Riwayat Ahmad)

3- Menghormati dan menjaga perasaan isteri

Rasulullah s.a.w. merupakan seorang suami yang sentiasa menghormati dan menjaga perasaan isterinya. Suatu ketika, ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, Baginda mendekati isterinya Aisyah. Aisyah berkata: “Di tengah malam Baginda mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku Baginda berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

4- Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa pada suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirimkan kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah dan makanannya jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan makanan tersebut.

5- Membantu isteri

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.ha. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”

Demikianlah beberapa contoh bagaimana Rasulullah s.a.w. menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kepulangan Rasulullah s.a.w. ke rumah bukan sekadar untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, Baginda di rumahnya juga adalah untuk membantu isterinya menguruskan rumah tangga. Inilah yang Baginda lakukan walaupun mempunyai tugas dan tanggungjawab di luar rumah.

Kesimpulannya, kita perlu mencontohi akhlak dan keperibadian Baginda tersebut. Sesibuk-sibuk kita, tidak seperti sibuknya Rasulullah s.a.w. Setinggi-tinggi pangkat kita di tempat kerja, tidaklah setinggi pangkat dan darjat Rasulullah s.a.w. Maka apakah yang menghalang kita daripada membantu meringankan tugas dan urusan isteri kita di rumah?

Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami terhadap isterinya. Maka sebagai seorang suami, contohilah sikap Baginda ini ketika bermuamalah bersama isteri. Manakala buat para isteri, ingatkan suami anda tentang ciri-ciri suami idaman. Semoga berbahagia bersama pasangan anda!


(MON - Ya Allah Pencinta Yang Agong....Cucurilah Rahmatmu keatas Kami)

- Penulis adalah Pensyarah di UIAM berkelulusan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) & Ijazah Sarjana (MA) dalam Bahasa Arab juga di UIAM. Sedang menyambung pengajian peringkat PHD di Universiti Malaya (UM).

Friday, October 30, 2009

Antara Cinta dan Tawakal

Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

tawakalSaya menulis artikel ini dalam perjalanan dari Madinah menuju Mekah. Saya datang menyertai rombongan Majlis Agama Islam Perlis bersama dengan Yang Dipertuanya, Raja Muda Perlis. Setelah pulang dari United Kingdom, saya dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Islam Perlis yang dahulu saya berada dalamnya atas kapasiti Mufti. Sekarang saya berada dalamnya atas individu saya sahaja. Majlis Agama Islam Perlis membuat lawatan kerja ke beberapa negara; Arab Saudi, Mesir dan Tunisia.

Rasanya hampir dua tahun saya tidak ke Madinah dan Mekah. Seperti orang lain, setiap kali masuk semula ke Madinah jiwa menjadi sayu, syahdu dan rindu. Tidaklah dapat digambarkan dengan bahasa dan bicara, perkataan dan tulisan. Ia satu perasaan yang menerjah ke setiap penjuru jantung dan urat nadi. Apa tidak, di sinilah tempat insan yang amat kita cintai yang namanya kita sebut saban, Muhammad SAW. Bagindalah pemimpin, baginda teladan. Kita ini rela menderita, rela dihina, rela dianiaya, rela dipersenda demi memenuhi cinta kepadanya dan agama yang dibawanya.

Kita akui jalan bagindalah jalan yang terbaik dan kita membenci setiap bid’ah yang cuba ditokok tambah, atau khurafat yang cuba dipalitkan kepada agama yang dibawa baginda, kerana hidup kita hanya mengiktiraf baginda sebagai rasul yang akhir.

Demikianlah Allah mengingatkan kita:

(maksudnya) Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (Surah Ali-’Imran, ayat 31).

Kata al-Hafizd Ibn Kathir (meninggal 774H): “Ayat ini adalah pemutus kepada sesiapa yang mendakwa mencintai Allah tetapi tidak di atas jalan Muhammad. Maka sesungguhnya dia adalah pendusta atas apa yang didakwanya, sehinggalah dia mengikuti syariat Muhammad dan agama nabawi dalam semua perkataan, perbuatan dan hal ehwalnya seperti yang pasti dalam Sahih al-Bukhari daripada Rasulullah SAW: Sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak di atas petunjuk kita, maka dia ditolak” (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-’Azim, 1/366, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

Read more… or Read more right here… »

Madinah

Walaupun Madinah telah berubah wajahnya dengan bangunan yang jauh lebih indah dan moden, tidak lagi seperti zaman baginda, namun cinta dan rindu tidak pernah dimamah sejarah dan tidak wajar berubah. Kita merindui Madinah bukan kerana bangunannya, tetapi di sinilah tempat perjuangan dan kehidupan insan yang kita cintai. Bak kata Qais yang dianggap gila kerana terlalu mencintai Laila: “Aku merentasi rumah Laila, aku mencium dinding-dindingnya, Bukanlah cintakan rumah itu merindukan kalbuku, tetapi cintakan penghuninya.”

Demikian Madinah, bukan kerana ia Madinah semata-mata, tetapi kerana sejarah perjuangan yang tercatat di dadanya. Rindu dan cinta bersalut dalam jiwa apabila mengenang di sinilah bumi pengorbanan dan perjuangan Rasul yang tercinta. Namun bagaimana mungkinkah cinta dan kasih itu akan lahir jika kita tidak mempelajari dan menghayati sirah perjuangan dan pengorbanan yang agung itu?!

Seperti yang saya pernah sebutkan, hidup ini adalah kembara merentasi benua yang mencabar. Ketakutan dan cabaran menghambat kita di mana-mana. Namun Allah menyediakan berbagai bekalan kekuatan yang jika dihayati, diselami dan dihirup ke dalam urat nadi akan menjadikan insan sabar dan yakin dalam meneruskan kembara ini. Antara bekalan yang disediakan ialah solat, terutama di qiyamullail. Esakan dan tangisan rintihan di malam yang sunyi adalah nikmat yang tidak gambarkan. Airmata rintihan dan pengakuan diri di hadapan Allah atas kelemahan dan dosa, juga pemohonan atau doa agar diberikan limpah kurnia, itu semua adalah kenikmatan yang tidak dapat difahami melainkan sesiapa yang merasainya. Dalam sebak tangisan itulah insan merasai nikmat menghambakan diri kepada Tuhan Yang Maha Agung.

Itulah bekalan dalam merempuh cabaran dan dugaan hidup. Demikian juga Ramadan, kedatangannya selalu memberikan kekuatan baru dalam hidup ini. Tangisan dan esakan di kesunyian malam ketika sendirian, maka tanpa riyak dan ujub, membawa kekuatan kepada diri insan dalam menerusi agenda perjalanan hidup. Begitulah juga, haji dan umrah. Segalanya apabila ditunaikan dengan jiwa yang merendah kepada Allah, lidah yang memohon ampun dan kurnia, ia adalah bekalan kekuatan yang maha ajaib. Hidup ini jika Allah bantu keajaiban akan berlaku. Percayalah kepada doa dan tawakal, di samping berusaha menurut prinsip-prinsip agama. Apabila Allah menolong kita tiada siapa lagi yang dapat melakukan apapun. Pertolongan dan kurnia Allah itu boleh menjelma dalam berbagai rupa dan bentuk, cuma kita yang selalu jahil untuk memahami kemakbulan doa yang pernah diminta.

Ungkapan

Banyak ungkapan doa yang mengandungi erti yang hebat yang diajar oleh Rasulullah SAW. Tidak perlu ajaran tarekat yang sebahagiannya mencipta wirid dan zikir rekaan, sehingga melupai keindahan wirid dan doa yang sahih yang diajar oleh Rasulullah SAW. Antara ungkapan doa yang amat menarik jiwa saya ialah doa yang baginda SAW ajar:

Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata, (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Setiap kali ada kesempatan yang baik, di tempat yang baik dan di waktu yang baik, saya sering mengulangnya, walaupun entah kali ke berapa seratus atau ribu sekalipun. Ya! Jika Allah yang menguruskan urusan kita, tentu aturan yang ditentukan itu akan begitu hebat merentasi andaian mana-mana insan. Namun jika hidup ini hanya bergantung kepada orang lain, kita sering menjadi mangsa. Jika bergantung kepada diri semata, banyak perkara yang kita akan gagal mengendalikannya. Namun, apabila kita serahkan agar Allah membantu, tanpa ditinggalkan kita walaupun sekelip mata, keajaiban hidup akan berlaku. Usaha adalah tuntutan kehidupan, namun tawakal yang sebenar adalah jaminan kekuatan dan kesejahteraan. Allah boleh mengatur perjalanan ini apa yang disangka tewas oleh manusia, tetapi kejayaan yang berlaku, apa yang disangka kecewa oleh manusia, tetapi kebahagiaan yang memenuhi jiwa.

Ajaibnya cinta, ajaibnya tawakkal. Semoga Allah tidak meninggal kita semua dalam merentasi kehidupan ini!

- Penulis ialah bekas mufti perlis.
www.drmaza.com

Sabar Kasih tidak bertepi

Oleh: MON

Sabar itu kunci cita-cita.
Selalu menolong tidak hentinya,
Sabarlah meski panjang beberapa malam,
Barangkali kedukaan akan bertukar kepada kesukaan,
Barangkari keberhasilan itu tergantung kepada kesabaran,
Yang tidak mungkin itu tidaklah ada.

Sabar itu tali iman yang kuat,
Benteng pertahanan tiupan syaitan,
Sabar punya akibat terpuji,
Akibat tergesa-gesa adalah rugi,
Jika kau bertemu saat menyedihkan,
Itu biasa tabiat zaman,
Kenakan baju kesabaran.

Sabar itu tidak terhenti,
Tiada batas tiada bertepi,
Walau tiada nampak kasih dihati,
Jangan kau sekali berhenti,
Terus berdoa memunajat diri,
Kuasa Yang Esa sudahlah pasti,
Hanya dia yang akan memberi,
Apa rasa di dalam hati.


Kadang kamu terasa beban,
Biarlah sama rasa dikongsi,
Saling membantu saling memberi,
Kasih ini sentiasa disini,
Tidak menyepi seorang diri,
Walo tidak berteman sepanjang hari,
Kasihku tetap di dalam hati,
Yakin ku hanya kepada Ilahi,
Menolong kita terus bersemi.

Jangan berharap pada manusia,
Tiada kekal nan abadi,
Berubah pantai setiap hari,
Inikah pula kasih dihati,
Tiada yang kekal hanyalah Ilahi,
Perjuangan masih belum terhenti,
Gelora badai memberi hikmah,
Sama kita harungi dan selami.