Friday, November 13, 2009

Aqabah Ilmu

Kuliah Maghrib, 13/11/2009 , Masjid Muhammadi, Kota Bharu.
Menelaah Karya Imam Al- Ghazali, Minhajul Abidin..

Oleh : MON

Hari ini masih lagi membincangkan tentang Aqabah Ilmu iaitu tahap kedua selepas seseorang mendapat sinar cahaya dari kegelapan. Kesedaran dari keadaan gelap kepada cahaya ini membuatkan sesorang itu ingin melakukan ibadah dengan lebih tekun. Oleh itu, dia tidak boleh tergesa2 melakukan ibadah kerana kekurangan ilmu.

Setelah hati kita digegarkan oleh tuannya ( Allah), perasaan itu mnyebabkan kita akan menjadi takut, menyesal dengan kesilapan, kejahilan, atau zaman gelap yg kita lalui sebelumnya.. perasaan yang membuak2 itu mendorong kita ntuk kembali ke jalan yang benar. Pada dasarnya, waktu itu, kita merasakan diri ini kosong....untuk melakukan ibadah, kita perlukan ilmu.Kerana dari ilmu itu akan melahirkan keyakinan... Tanpa ilmu, yakin itu tidak akan hadir, lantas, kalo kita beribadah dalam keadaan itu, ibadah kita tidak sempurna dan tercari2. Ibadah yang terbahagi kepada dua iaitu ibadah fizikal dan ibadah hati. Peringkat inilah dinamakan aqabah ilmu kerana rintangan ilmu ini akan membezakan keyakinan yang akan kita perolehi. JIka tanpa ilmu, yakin itu tidak akan hadir, malah syaitan akan mengambil kesempatan ini untuk terus menghasut kita dari mendapat keyakinan kerana syaitan telah kalah di peringkat pertama, semasa hati digegarkan Allah. Sifat syaitan memang berusaha untuk terus menyesatkan manusia dari beribadah.

Maka, pengetahuan dan keyakinanNya akan perkara-perkara ghaib(Tuhan)itu akan mendorongny berkhidmat dan melakukan ibadat dengan sepenuh hati,menghambakan diri kepada si Pemberi nikmat. Ini bererti dia telah menemui apa yang selama ini dicari.

Akan tetapi, dia masih belum mengetahui cara untuk beribadat. Selepas mengenal Tuhan. bagaimana pula dia ingin beribadat dan mengabdikan diri kepadaNya? Apa yang diperlukan untuk berkhidmat kepadanya fizikal dan hati.??

Selepas dia mengetahui cara makrifat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dia akan bersungguh2 mempelajari ilmu ibadat.

Namun, peringkat selanjutnya, setelah dia mengetahui ilmu2 itu, dia pula akan menyedari yang selama ini dia telah banyak melakukan dosa dan maksiat. Maka dia akan terus mencari ilmu bagaimana dia hendak bertaubat, kerana sebelum melakukan ibadat, dia perlu membersihkan diri dari kekotoran dan kekejian yang pernah dilakukan,dia perlu melaui peringkat taubat pula.

Peringkat2 ini ada beberapa lapis lagi sebelum dia betul2 dapat mengatasi aqabah...

No comments:

Post a Comment