Sunday, January 10, 2010

myMetro | Harga diri ditentukan oleh takwa, iman

myMetro | Harga diri ditentukan oleh takwa, iman


APAKAH perbezaan taraf hidup menentukan harga atau nilai kehidupan manusia. Itulah persoalan sering dibincangkan secara serius oleh banyak pihak. Walau apa sekalipun keputusannya, taraf hidup tetap mempunyai pengaruh besar dalam menentukan nilai kehidupan manusia.

Hari ini, secara mudahnya, darjat kehidupan manusia dibahagikan kepada beberapa golongan iaitu kaya, pertengahan, miskin dan terpinggir. Berdasarkan pemerhatian, sudah menjadi adat kehidupan, golongan berpendapatan tinggi serta berpangkat mendapat sanjungan manakala yang miskin juga terpinggir sering mendapat laluan sukar dan terpaksa berhempas pulas mencari kesenangan hidup. Akhirnya, ada golongan mengambil kesempatan terhadap yang terkebelakang lalu mereka ditindas, dianiaya, dizalimi dan pelbagai perkara negatif lain.


Firman Allah SWT dalam surah asy-Syura ayat 42: “Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. “Mereka itulah orang yang beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya,”. Hakikatnya, Allah SWT memberikan kita banyak kesempatan dan pelbagai lagi tanpa kita pinta tetapi jarang mensyukurinya kerana segelintir daripada kita merasakan ia hasil penat lelah sendiri. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi dianggap sebagai kufur nikmat,” (Hadis Riwayat at-Tabrani).


Oleh itu, walau setinggi mana darjat seseorang atau semewah mana mereka, jika tidak bersyukur, memandang hina golongan yang dianggap tidak setaraf dan sebagainya, ia tetap tidak bererti di sisi Allah SWT.


Kita bertanggungjawab dan perlu bersifat amanah sepenuhnya terhadap kehidupan manusia atau nasib diri kita sendiri. Harga dan nilai sebenar kemuliaan seseorang tidak terletak pada taraf kekayaan atau kebesaran pangkat kerana ia hanya sementara.


Dalam Islam, harga diri adalah berdasarkan ketakwaan dan keimanan. Sifat ketakwaan itu akan menentukan nilai dan harga diri seseorang mulia di sisi masyarakat dan Allah SWT sepanjang masa.


Rasulullah SAW bersabda: “Tidak mungkin berkumpul iman dan kufur dalam jiwa seseorang dan juga tidak mungkin pula bersatu sifat jujur dan dusta padanya sekali gus sebagaimana tidak mungkin bersama sifat khianat dan amanah padanya dalam satu masa,” (Hadis Riwayat Ahmad)

Friday, January 1, 2010

Peringkat Hinaan dan REZEKI

Sudah beberapa minggu tidak membincangkan mengenai kuliah maghrib setiap jumaat yang membincangkan Minhajul Abidin karya Imam Gazali. Kesibukan yang semakin menjadi-jadi membataskan sedikit masa untuk menulis. Selain itu, topik yang dibincangkan untuk beberapa minggu yang lepas masih berkisar kepada peringkat pendorong iaitu Raja' dan Khauf. Ia dibincangkan dengan lebih mendalam.. selain itu, kelemahan diri sendiri jugak amat membataskan untuk menulis kerana tidak dapat fokus (tertidur time kuliah)....mungkin kerana terlalu penat dengan aktiviti yang pelbagai serta tidak cukup tidur sejak kebelakangan ini....jadi.penulis ingin memohon maaf kepada pembaca2 setia.

Malam ini pula mula beralih kepada peringkat yang seterusnya iaitu peringkat Hinaan. Dimana setelah kita berjaya mengharungi semua peringkat terdahulu, maka kita akan menjadi rajin untuk beribadat, merasa kemanisannya. Tetapi amalan yang dilakukan itu boleh menjadi rosak dan termasuk dalam lembah kehinaan disisiNya. Pahala amalan yang dilakukan dipadamkan. Peringkat ini merupakan kegemaran untuk syaitan dan mengambil peluang untuk membinasakan diri kita. Ujub dan riya' suatu perasaan yang timbul dalam diri setelah kita merasa kehebatan diri.

1. Riya'

Ia timbul bila kita merasakan ingin dipandang mulia oleh sesiapa selain Allah melalui perbuatab patuh dan mengerjakan ibadah. Ia juga dikatakan sebagai syirik kecil. Jadi untuk mengelakan sifat riya' Ia hanya boleh dielakkan dengan IKHLAS.setiap amalan yang dilakukan perlulah ikhlas keranaNya dan tiada niat untuk menunjuk kepada sesiapa atau mendapatkan sanjungan orang/ mendapat kemashuran dan sebagainya. Maka jika ibadah yang dilakukan selain dari Allah, pahala puasa tersebut akan dipadam.

2. Ujub
Ia pula timbul kerana merasakan diri hebat kerana dapat/ berjaya melakukan kebaikan. Perasaan dalamam diri sendiri, ia boleh bercambah menjadi takabur(mungkin menghina orang lain kerana kekurangan mereka). Ia pula boleh dielakkan dengan selalu menanam perasaan dalam diri bahawa, setiap apa yg kita lakukan adalah kerana keizinanNya untuk kita melakukan ibadah. Kalau bukan kerana pemberianNya, sudah pasti kita tidak dapat melakukan patuh. Jadi setiap apa yang kita perolehi, hendaklah sentiasa ditanam bahawa ia semua pinjaman dari Allah. Jadi kita tidak layak untuk membangga diri atau merasa diri diatas pemberian Allah yang dipinjamkan sementara untuk kita. Walau apa pun yang kita perolehi, dari mana kita perolehi, hakikatnya ia merupakan pemberianNya kepada kita. Cuma kita lebih nampak kepada SABAB melebihi anugerahNya. Kita dibolehkan untuk bersyukur ke SABAB sebagai tanda kesyukuranNya, tetapi kita tidak boleh lupa, ia hanya menjadi SABAB. Contohnya, seorang majikan tidak boleh berbangga diri merasakan dia yang memberikan rezki kepada perkerja, dengan melakukan sewenang-wenangnya kepada mereka. Majikan perlu sedar tentang hakikatnya dia hanya menjadi SABAB atau laluan rezki sebelum sampai kepada pekerja mereka.

Dalam pada itu, contoh yang diberi adalah mengenai rezki. Teringat tentang satu buku yang dibaca 3 thn lepas mengenai rezki yang juga seakan2 sama dengan yang contoh yang diberikan pada malam ini. Jadi saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi mengenainya.

Ia berkisar tentang seorang lelaki atau suami yang menjadi tonggak utama dalam urusan mencari rezki bagi sesebuah keluarga. Ia bukanlah untuk merendahkan kaum lelaki cuma mungkin untuk peringatan bersama ( saya juga nak menjadi suami suatu hari nanti...dan semoga terus ingat tentang hakikat ini). Bagi seorang suami...mungkin yang baru2 berkahwin merasakan mencari nafkah merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul dengan baik. Maka pada peringkat ini, dia akan menanam niat yang sangat baik iaitu mencari rezki yang halal untuk menyara isteri. Mungkin pada ketika ini, ia cuma cukup2 makan untuk menampung keperluan seharian suami isteri. Oleh itu, dia akan berusaha dengan lebih gigih lagi bagi menampah pendapatan keluarga. Kemudian, mungkin selepas setahun atau lebih, mereka akan dianugerahkan dengan cahaya mata yang juga menjadi penyeri dalam kehidupan berumahtangga. Pada waktu ini, rezki mereka bertambah sedikit, mungkin dengan pendapatan yang lebih lumayan sedikit, cukup atau melebihi bagi keperluan 3 orang. begitulah seterusnya, sehingga mendapat beberapa orang anak. Ketika itu juga, pendpatan juga jauh lebih tinggi atau mungkin lebih mewah. Maka ketika ini, segelintir lelaki yang sudah lupa tentang niat semasa awal perkahwinan,dia akan menjadi lebih sombong atau ujub kerana merasakan kejayaannya meraih pendapatan yang lumayan. Maka perlbagai perangai baru yang timbul lantaran dari kemewahan yang diperolehi, tidak sedar tentang amanah yang diberikan Allah kepadanya. Mungkin juga dia tidak sedar, pendapatan yang lumayan itu merupak rezki anak2. Oleh kerana ketika itu, anak2 masih kecil dan masih belajar, maka rezki mereka akan mengalir mungkin dari bapa mereka. Jadi seorang bapa hanya merupak SABAB kepada rezki anak2 itu,maka seharusnya dia menunaikan segala amanah yang dihantar melaluinya. Jadi janganlah dia merasa UJUB dengan segala limpahan rezki yang banyak itu tanpa mengembalikannya kepada yang berhak, kepada anak2, isteri atau orang lain. Jadi...janganlah ketika anda mendapat rezki yang lebih, mula menjadi gatal dan berniat untuk pasang lain...kerana ingin mengikut sunnah rasulullah dalam berpoligami. Sesungguhnya kalau anda betul2 faham konsep poligami yang diharuskan dan di lakukan oleh baginda Rasulullah.... cuba dalami setiap pernikahan baginda, adakah ia dilakukan untuk kepentingan diri sendiri ataupun agama???? Jangan hanya poligami yang anda perjuangkan kerana masih banyak saranan2 Islam yang anda perlecehkan...

Berbalik kepada entry sebelumnya, mengenai kerjaya, ia secara tidak langsung menguatkan lagi hujah yang disampaikan sebelumnya. Oleh kerana rezki setiap manusia telah ditentukan sejak azali lagi, kita tidak hanya menekankan SABAB/ASBAB/ jalan semata2 dalam mencari rezki. Semuanya perlu berpaksikan Ketauhidan kepadaNya yang hanya dia yang menganuherahkan kepada kita. Walaupun begitu, segala usaha dan kerja keras itu adalah untuk kepuasan diri secara fizikal semata2. Mengenai perkara-perkara ghaib mengenai rezki, hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Wallah hu a'lam..

Wednesday, December 30, 2009

Islam, Muslim dan Kerjaya Part 2

Alhamdulillah ada sedikit masa terluang di pagi ini, walaupun sedikit kesibukan yang menghambat di akhir tahun...dalam mengejar payment2 yang masih tersangkut atau ada yang bermurah hati ntuk bayar dahulu...Alhamdulillah...segala puji bagiNya yang menganugerahkan rezki pada makhluknya.

Part 2.

Bagi sesiapa yang memilih untuk bekerja sendiri pula, pastinya ia merupakan satu keputusan besar yang diambil kerana ia merupakan jalan yang amat perit untuk dilalui sebelum dapat mengecapi kejayaan yang direncanakan. Sedarlah bertapa laluan ini amat sukar dan tiada garis panduan yang perlu dilalui kerana sebelum mencapai kejayaa, sudah pasti anda akan mengalami berbagai peringkat dan kegagalan, penolakan masyarakat terhadap anda, cemuhan orang sekeliling serta penghinaan yang lahir secara tidak lansgsung kerana memandang rendah apa yang anda lakukan. Percaya atau tidak, benteng mentaliti masyarakat sangat sukar untuk dipecahkan tambah lagi bagi yang baru menceburi bidang ini. Kesusahan yang dialami perlu ditanggung sendiri, jadi jangan lah berputus asa dan teruskan bina jati diri anda untuk terus berjaya.

Pembinaan jati diri ini amatlah penting bagi meneruskan kesinambungan keputusan yang telah dibuat supaya anda tidak lagi teragak2 dan tercari2 samada langkah yang diambil itu betul atau salah. Jadi cara yang terbaik ialah dengan cuba mengenali diri anda sendiri mengikut pandangan Islam. Tiada cara yang lebih baik dari cara ini kerana ia akan merangkumi segala aspek kehidupan kita dan selamanya. Ikutlah garis panduan yang telah ditetapkan, maka pasti anda akan dapat menerobosi diri sendiri sebelum melangkah lebih jauh. Dalamilah Ilmu Tauhid yang seterusnya akan membentuk akhlak yang terpuji. dari akhlak inilah akan melahirkan buah2 yang ranum dalam menghadapi dugaan seharian. Selari dengan konsep hijrah yang telah dibincangkan, pembentukan negara Islam yang sangat berjaya, sehingga menerangi seluruh alam diterapkan melaui pembentukan akidah selama hampir 13 tahun Baginda berdakwah di Mekah. Fasa ini merupakan fasa terpenting dalam keterlangsungan kejayaan dakwah yang mekar sehingga ke hari ini. Pada peringkat awal, masyrakat muslim yang begitu lemah, diterapkan dengan akidah sehingga menjadi betul2 kuat. Peringkat ini merupakan peringkat yang sukar kerana mendapat tentangan hebat dari musrikin Quraisy. Segala bentuk penderitaan telah dialami oleh para sahabat, sehingga Rasulullah tidak membenarkan penentangan kepada pihak musyrikin Quraisy. Waktu ini digunakan untuk membina satu jati diri yang utuh kepada muslimin.Keimanan yang masih lemah pada ketika itu mungkin tidak sesuai bagi sekalian muslim untuk menentang musyriikin dengan kekerasan. Walaupun jika digambarkan bahawa mereke lebih terseksa pada ketika itu, dalam masa yang sama, kesengsaraan dan kepercayaan kepada janji-janji Allah pada ketika itu membentuk jati diri yang cekal. Keyakinan bahawa pertolongan Allah untuk mereka menyebabkan mereka begitu sabar dalam meniti segala ranjau yang berduri. Selain dari penderitaan fizikal, mulai tahun ke-10 kenabian, umat muslim diseksa dengan pemboikotan dari segi ekonomi. Serangan terhadapa pemboikotan ekonomi sangat memeritkan ketika itu kerana segala bekalan makanan disekat. Justeru ramai umat muslim ketika itu sengsara kerana tidak mendapat makanan yang cukup.Walaubagaimanapun semangat mereke tidak luntur dan pudar dengan kesengsaraan diri yang dihadapi. Berbalik kepada keadaan kita pada masa ini, keadaan ini mungkin akan berlaku. Keperitan dalam menjalankan perniagaan diperingkat awal sangat ketara kerana dalam serba kekurangan. Peringkat inilah yang paling sukar, dalam membina sesuatu perniagaan.Hasil yang tidak menentu sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan seharian, malah selalunya akan mengalami kerugian,mungkin, setelah habis modal yang dikeluarkan, perlu pula dikeluarkan simpanan yang selebihnya. Jika jati diri tidak utuh pada ketika ini, sudah pasti kita akan merasa berputus asa.

Jadi, dalam masalah ini, mungkin segala lagi kita perlu mendalami ilmu tauhid, yang mana kita harus mengenal Maha Pencipta dengan lebih mendalam. Makrifatullah (mengenal Allah) merupakan asa kepada ilmu ini. Maka dengan mengenal sifat2Nya, akan hadir dalam diri kita satu keyakinan yang begitu utuh, dimana ia mendjadi asas jati diri yang kuat, bersandarkan segala apa yang berlaku kepada Yang Maha Memberi.Dari sinilah terbit sifat tawakkal. Imam Ghazali dalam Minhajul Abidin menggariskan bahawa masalah mencari rezki boleh diatasi dengan sifat tawakkal ini,yang mana ia juga merupakan satu ibadah hati yang penting untuk setiap muslim.Tetatpi, sejauh manakah kita menggunakan konsep tawakkal dalam kehidupan seharian. Semua percaya dan tahu mengenai sifat2 Allah, tetapi sejauh manakah keyakinan kita mengenainya? Selagi keyakinan itu masih lemah, selagi itulah kita akan menjadi goyah, keluh kesah memikirkan ketakutan untuk tidak mendapat apa yang diusahakan dan juga tidak mendapat ganjaran seperti yang diusahakan. Kita masih samar-samar dalam meletakan pergantungan kepadaNya sepenuhnya, masih ragu2 dengan sifat2Nya dan masih ragu2 dengan janji2Nya. Mungkin disinilah kesilapan kita yang kita tidak sedari. Jadi, apa yang harus dilakukan ialah cuba mengenaliNya dengan lebih dekat tentang sifat2Nya dan Zat2Nya. Dari situlah punca bagi segala permasalahan kehidupan kita.Terutamanya dalam mencari urusan mencari rezki kerana kita melebihkan sandaran kepada makhluk dan juga jaminan keduniaan yang fana. Kesilapan bergantung harap juga telah lari dari konsep tauhid iaitu tiada Tuhan selain Allah. "Iyyaka na'budu" Hanya kepadaMu kami menyembah dan tiada kami mempersekutukan Engkau dalam ibadatku ini kepada sesuatu yang lain. Menjelaskan hanya kepadaNya lah kita berbuat segala benda , untuk mendapat keredhaanNya, menjadi hamba hanya kepadaNya. " Iyyaka nasta'in": Hanya kepadaMu kami mengharapkan bantuan pertolongan, sebab kami sendiri tidak berdaya.. Kita menyatakanNya setiap hari sekurang2nya 17 kali, tetapi sejauh manakah setiap apa yang kita lakukan, setiap saat dan detik, kita mengharapkan kepadaNya???

Jadi, apa sahaja yang kita usahakan, samaada berkerja tetap, atau bekerja sendiri, semuanya kita perlu berharap kepadaNya. Selagi apa yang kita kerjakan itu mengikut garis panduan syariat, ia tidak menjadi kesalahan. Jangan pula kita merasa kecewa jika apa yang kita usahakan itu tidak menampakkan hasil seperti yang kita inginkan. Jika kita niatkan semua kerana Allah s.w.t, sudah pasti ia akan dianggap sebagai ibadah. Sebagai seorang makhluk, hamba kepadaNya, kita hanya wajib untuk melakukan ibadah dan patuh kepadaNya, persoalan rezki dan ganjaran, biarlah kita bertawakkal kepadaNya. Biarlah Dia yang menentukan yang lebih baik untuk kita.

Saturday, December 26, 2009

Islam, Muslim dan Kerjaya Part 1

Oleh : MON

Berkisar lagi mengenai hijrah, konsep yang sangat dalam pengertian untuk setiap muslim jika betul2 diamati dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Jika meneliti semula sejarah kenabian Rasulullah sejak dari Baginda dilahirkan hinggala sehingga kewafatan, tiada siapa yang boleh mencaci atau mencela keperibadian baginda. Termasuklah pihak musyrikin Quraisy yang menentang hebat perjuangan dakwah baginda, bermula dari awal sehinggalah ke akhirnya, mereka sangat menyanjung tinggi keperibadian baginda yang mempunyai akhlak yang sangat terpuji, sehingga mereka tidak dapat mencari sebarang kecacatan keperibadian untuk dijadikan sebagai modal menolak dakwah baginda. Pihak musyrikin Quraisy mengakui betapa kebeneran dan kehebatan risalah yang dibawa baginda. Apa yang ditetang cuma adalah dari segi pemyembahan berhala. Mereka tidak mahu meninggalkan agama nenek moyang yang menyembah berhala. Sebelum kematian Abu Talib, bapa saudara Rasulullah yang memberikan perlindungan sehingga orang arab tidak berani mengapa2kan baginda, musyrikin Quraisy berjumpa dengan Abu Talib untuk menawarkan satu tempat atau keistimewaan yang tinggi kepada Rasulullah, mereka sanggup memberikan apa sahaja yang diminta oleh Baginda. Begitu terpujinya Rasulullah dimata musyrikin Quraisy, tetapi mereka masih tidak mahu meninggalkan penyembahan berhala seperti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka.

Fasa dakwah Rasulullah boleh dibahagikan kepada 2 peringkat, iaitu peringkat pertama ketika baginda berdakwah di Mekah kira-kira selam 13 tahun dan di Madinah selama kira2 10 tahun. Pada peringkat pertama, dakwah hanya menumpukan kepada pembentukan individu, iaitu pengukuhan akidah dan pembentukan akhlak mulia. Kemudian selepas penghijrahan ke Madinah, barulah ia mengenai persaudaraan, pembentukan masyarakat, negara, ekonomi, dan sebagainya.

Dengan memahami dakwah Baginda secara keseluruhannya, kita boleh mengambil langkah yang sewajarnya dalam kehidupan pada masa kini yang mana boleh dikata makin menjauh dari tauladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah. Dari pengamatan terhadap kehidupan masyarakat, pengalaman sendiri, dan juga perbincangan dengan rakan2, sedikit sebanyak membuka ruang kepasa saya untuk menyentuh topik ini buat renungan bersama. Mana-man pendapat yang dilontarkan bukanlah untuk melabelkan atau mengkritik sesiapa. Mungkin ia cuma pandangan dari perspektif saya yang mungkin masih mempunyai banyak kelemahan dan kepincangan dari segi kebolehan melihat situasi dari keseluruhan sudut.

Keresahan sahabat handai serta liku-liku yang dihadapi tentang kerjaya sebagai sumber pendapatan sedikit sebanyak memberi kesempatan untuk mendalami kerumitan ini serta mendorong kepada penggerudian kepada punca sebenar kegelisahan yang melanda.Perasaan ini timbul dari diri sendiri setelah mendapat kocakan halus dari orang sekeliling sedikit sebanyak mencetuskan perasaan serba salah seterusnya mengikis kenyakinan sedikit demi sedikit. Kocakan kecil pada dasarnya mengoyangkan tiang keyakinan secara perlahan-lahan. Mungkin kerana pegangan asalnya tidak seteguh mana lantaran keyakinan yang timbul dari ilmu yang belum cukup dan menyeluruh, sekadar hanya dengan perasaan diri sendiri yang merasakan ia tidak begitu penting, mungkin juga keyakinan itu palsu kerana hadir dari khatir (lintasan hati) yang salah. Secara ringkasnya, ungkapan " Kita jangan tumpukan kepada akhirat sahaja, dunia juga kita perlu kejar" yang selalu dijadika hujah supaya kita berusaha gigih, berkerja bertukus lumus dengan harapan semoga kekayaan, kesenangan, kejayaan, kebahgiaan dan apa sahaja yang kita capai didunia ini, yang kita perolehi itu akan kita gunakan untuk bebuat ibadat,menjadi amal saleh, serta membuat kita lebih dekat kepadaNya. Seperti yang dilakukan para sahabat, yang membelanjakan kekayaan kejalan Allah, mensedekahkan beratus2 unta untuk digunakan semasa berperang. Mungkin itu kesilapan penafsiran sendiri atau sogokan dari masyarakat yang menjuruskan kepada pemikiran sedemikian. Tetapi sejauhmanakah kekayaan dan kesenangan yang kita perolehi itu dikeluarkan kejalan Allah. Sebagai contoh...jika pendapatan kita RM 1000 sebulan....maka berapa yang disedakahkan setiap bulan???? RM500??atau separuh lagi??250???? tau RM 50????..atau cukupkah jika kita anggapkan belanja serta nafkah untuk anak isteri yang sememangnya dikira sebagai jihad kejalan Allah itu sebagai pengukurnya??? Berapa pula kita gunakan untuk membantu anak yatim atau orang yang memerlukan ? Jadi sejauh manakah hujah yang digunakan itu menepati apa yang kita cakapkan? Ataupun kita lupa dengan niat yang suci sebelum memperolehi rezki yang melimpah, yang kita berkerja, mengejar dunia kerana Allah...Mengumpulkan segalanya demi untuk memenuhi tuntutan kepadaNya. Masih utuhkah niat kita untuk mencari keredhaaNya melalui pekerjaan yang dikira ibadah? (Topik yang akan ada entry khas)

Setelah penggalian kepada masalah ini melalui ilmu ketuhanan (sebelum ini pernah dilakukan melalui ilmu keduniaan) beberapa keyakinan yang timbul lebih menenangkan dan melapangkan minda dan berharap semoga ia kekal sampai bila2 walaupun setelah mengecapi kejayaan dan tidak lupa akan pegangan ini. Jika dibandingkan dengan apa yang pernah dilakukan sebelum ini, ilmu keduniaan, (Psychology, Leadership, Management, Economy, serta beberapa cabang ilmu lagi)kebanyakannya ialah karya dari negara2 barat. Ia menjuruskan kepada "self confident" yang tinggi, Alhamdulillah. Dari pandagan ilmu ketuhanan (ISLAM) juga menerbitkan perasaan yang sama iaitu "self confident" yang tinggi, cuma pendakatannya jauh berbeza. Bukanlah ingin merendah2kan pandangan org barat, cuma ingin melengkapi lagi dengan sesuatu yang lebih sempurna. Disini juga saya ingin membenarkan(bersetuju) dengan kata kata pengarang Tafsir Fil Zilal, Sayyid Quttb mengenai pendedahan selama 40 Thn mengenai ilmu karya org barat, seolah2 kita hanya mengenali sifat2 atau pengetahuan mengenai zaman jahiliyyah. Kerana menurut beliau, ilmu mereka boleh dikatakan sudah lengkap cuma kekurangan dari segi "roh" sahaja. Walaubagaimanapun, faktor " roh" dalam ilmu pengetahuan sangatlah penting. Ia yang akan menghubungkan antara dunia dan akhirat. Jadi,pendapat kali ini merupakan intipati yang diperolehi setakat ini, atau hanya sedikit sahaja yang dibincangkan kali ini. (supaya tidak terlalu panjang).

Mengenai keresahan dihati mengenai rezki, masing2 menjadi risau kerana setiap individu akan merasa takut mati kelaparan atau hidup melarat dalam kemiskinan. Ini menjadi asas bisikan halus dari syaitan yang sentiasa berusaha untuk melemahkan anak adam. Dari situ timbullah berbagai pendapat mengenai panduan mencari kerja terutamanya kepada graduan yang baru menamatkan pelajaran. Ibu bapa secara langsung berkait dalam persoalan ini kerana pendapat merekalah (terutama orang Melayu) yang menjadi pegangan kepada anak2. Seterusnya memberi kesan kepada motivasi anak2 dalam mencari pekerjaan yang sesuai. Pendapat ibu bapa (melayu) memang popular supaya anak2 dapat bekerja tetap (terutamanya dgn kerajaan) supaya kehidupan yang lebih terjamin. Pendapat ini menjadi begitu popular sehingga timbul situasi dimana sesiapa yang tidak mengikut arus pemikiran ini, sedikit sebanyak dipandang rendah ataupun secara tidak langsung dihina dan dilabel tiada masa depan yang cerah. Pendapat ini tiada salahnya jika ibu bapa ingin merasa lebih selamat tentang kehidupan anak2, tetapi dikhuatiri ia akan menjejaskan akidah Islam secara tidak langsung. Secara tidak sedar ia telah menjadi syirik kecil (syirik yang sgt halus dan sangat susah dihindari) kerana merasakan keselamatan dan jaminan itu datang dari pekerjaan tersebut. Pendapat Sheikh Ibnu Atho'illah dalam Al-Hikam, beliau sangat berhati2 dalam meletakan pengharapan selain dari Allah. Sebagai contoh, mengharapkan masuk syurga kerana amalan pahala yang dilakukan akan menjadikan kita riya' dan ujub. Sedangkan kita memang diwajibkan untuk beribadah dan mendapatkan pahala. Manakala pendapat imam besar , Imam Al- Ghazali dalam Minhajul Abidin, meyatakan kewajiban kita berusaha adalah dalam bab ibadah, iaitu melakukan taat kepadaNya. Walhal dalam berusaha mencari rezki itu adalah ketentuanNya. Bukanlah kita tidak perlu berusaha, cuma kita perlu berhati2 dalam menilai usaha kita itu janganlah sampai merasa semua apa yang kita perolehi itu akibat dari usaha kita yang bersungguh2..sedangkan kalau kita berusaha 500thn tanpa henti, tanpa rahmat dan kasih sayangNya, usaha kita itu tidak berbekas sedikit pun disisiNya. Bukan juga kita hanya perlu berpeluk tubuh menunggu begitu sahaja tanpa usaha, kerana itu pula merupakan angan2 kosong orang yang mengharapkan belas ihsan dariNya. Segala amal yang kita lakukah itu hanyalah untuk menunjukan sifat kehambaan kita kepadanya, kita yang sgt lemah memerlukan segala2 dari Maha Pencipta. Ini dibuktikan dengan apa yang dibuat oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda telah dijanjikan syurga dan tempat yang paling terpuji, baginda denga rendah diri, mengabdikan diri, dengan sifat hamba kepadaNya rajin melakukan ibadah sehingga bengkak kaki Baginda. Jika dibandingkan dengan kita pula, sering merasakan apa yang kita buat ini sudah cukup, dan mengharapkan rahmatNya semudah itu. Pernahkah kita beribadah sehingga tahap itu??? Adakah kita tidak malu kepada Baginda??? Apa yang hendak diperkatakan disini, bukanlah menjadi kesalahan untuk kita mencari pekerjaan tetap(terutamanya kerajaan)tetapi persandaran kita terhadap pekerjaan tetap perlu diperhalusi serta berhati2 supaya tidak tercebur dalam syirik kecil. Terutamanya bagi sesiapa yang memandang rendah dan menghina orang lain yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Perasaan hebat, besar diri atau menyobong diri dari pekerjaan yang dimiliki juga secara tidak langsung boleh menjuruskan kita kepada riya' dan ujub. Perasaan kita yang merasa selamat kerana pekerjaan itu juga perlu diperhalusi dengan sentiasa mengigati segala kurniaNya supaya ia menjadi Rahmat bukan pula istidraj. Dengan kembalikan apa yang diperolehi kepadaNya, diharapkan Rahmat yang diperolehi ditambah supaya kita menjadi lebh dekat kepadaNya.

Wallah hu a'lam.

Bagi sub topik bekerja sendiri, pendapat akan diulas dalam entry yang berikutnya.

Wednesday, December 23, 2009

Hijrah

Oleh : MON

Saban tahun, bila memasuki tahun baru, kita akan fokus kepada azam untuk tahun baru, sterusnya muhasabah diri mengenai azam tahun lepas yang jika ada yang masih belum tertunai, barangkali boleh dilanjutkan semula azam tersebut untuk thn berikutnya. Walaubagaimanapun, dalam konsep hijrah, ia berbeda sedikit tahun pandagan dan amalan kebaratan, yang mana ia lebih memfokuskan kepada penambahbaikan iman kearah mendekatkan diri kepada Al-Khaliq. Ada pendapat dari ulama' yang mengatakan bahawa keimanan itu tidak betambah dan berkurang, seperti hitam atau putih, iaitu samada dia beriman atau kufur.Mahupun begitu mengikut pendapat Imam Ghazali dalam Minhajul Abidin, keimanan itu boleh ibaratkan seperti tenaga. Ia boleh bertambah atau berkurang kuasanya, bergantung kepada amalan, keyakin sesorang. Maka setiap hari, tenaga iman ini ( kalau boleh dibandingkan sebagai kayu pengukur )tidak statik pada kedudukan sama. Ia akan berubah mengikut amalan kita.

Jika diambil konsep hijrah dalam konteks keimanan,seharusnya kita perlu melakukan penghijrahan dari negeri kekufuran kepada negeri keimanan. Dengan taufikNya, kita merupakan orang yang paling bertuah kerana tanpa taufik dan hidayahNya, jauh sekali kita akan mendapat inayatNya. Penghijrahan dari negeri kekufuran kepada negeri keimanan ini sinonimnya dengan melakukan taubat kepadaNya. Bila sahaja kita mendapat hidayahNya, akan terdetik dihati kita untuk bertaubat. Sifat seorang manusia, sering melakukan dosa, menjadikan taubat sebagai tunggangan terpenting untuk kita berhijrah. Dengan taubat inilah kita dapat membersihkan diri dari kekotoran yang tercalit dihati sanubari.

Walaubagaimanapun, ia tidak seharusnya disalah ertikan bahawa taubat ini dilakukan pada waktu2 tertentu sahaja. Selain itu, ada individu yang sudah merasakan ingin bertaubat, tetapi menunggu masa yang sesuai kerana merasakan diri terlalu banyak dosa sehingga malu dengan diri sendiri untuk bertaubat pada ketika itu. Perasaan ingin bertaubat merupakan satu sifat yang terpuji,dan tuntutan itu perlu dilakukan segera dan tidak perlu ditangguh. Jika ingin menunggu sedikit masa untuk berbuat baik dahulu sebelum bertaubat, disinilah yang menjadi masalahnya, kerana hati yang kotor umpama berjalan dalam kegelapan. Selagi kita ingin berjalan dalam kegelapan, maka selagi itulah kita tidak akan mendapat cahaya.Boleh sahaja dibanyangkan bagaimana keselamatan perjalanan kita dalam kegelapan??? Selagi belum bertaubat, selagi itulah kita akan terus membuat dosa. Seperti kita memandu diwaktu malam, sebelum memulakan perjalanan, kita perlu membuka lampu, barulah kita nampak jalan yang kita tuju, bagaimana jika kita terus memandu tanpa membuka lampu???? Jadi untuk berhenti dari terus melakukan dosa, kita perlu bertaubat dahulu,dengan itu, hati menjadi bersih, bolehlah kita berusaha untuk meninggalkan dosa itu semuanya, itulah yang terbaik. Walaubagaimanapun, sifat manusia yang amat sukar berubah, kita boleh meninggalkan perbuatan mungkar itu sedikit demi sedikit. Bermula dari yang paling besar dosanya. Ini juga telah dibuktikan semasa permulaan dakwah Rasulullah pada zaman jahiliyah. Seruan permulaan adalah untuk mentauhidkan Allah serta meninggalkan penyembahan berhala, tidak menyekutukan Allah dengan benda lain. Jadi, tidak perlu kita mengambil tindakan yang terlalu drastik keran takut ia akan memberikan kesan kepada diri kita sendiri jika mengalami perubahan yang terlalu drastik. Biarlah amalan yang dilakukan itu sedikit dengan istiqamah dari amalan yang banyak tetapi dilakukan sekali atau jarang2 sahaja.

Janganlah pula kita merasa berputusa asa dan takut dengan dosa kita yang banyak itu, kita tidak layak untuk mendapat pengampunanNya, kerana itu merupakan tipu daya syaitan. Sifat Allah yang Maha Pengampun jauh sekali berbeza dari sifat manusia. Sebesar manapun dosa kita kepadaNya, pasti Dia akan mengampunkan dosa2 kita. Allah juga Maha Pemaaf, setelah kita bertaubat, segala apa yang kita lakukan sebelum ini akan dilupakan semuanya. Tidak seperti sifat manusia, selepas memaafkan, kita masih akan mengingati kesilapan2 yang dahulu, masih diambil kira hal2 tersebut. Tidak bagi Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pemaaf. Setelah kita bertaubat, segala rekod2 kesalahan dahulu akan dihapuskan, maka akan dimulakan dengan catatan baru.

Allah berfirman :

Katakanlah:` Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Az Zumar:53).

Ayat ini turunkan bagi memberi jaminan dan harapan kepada kaum kafir yang ingin memasuki islam, tetapi khuatir akan dikenakan azab setelah memeluk Islam kerana semasa kufur, mereka telah banyak melakukan dosa seperti, membunuh, berzina dan meminum arak. Sesungguhnya Allah amat suka kepada sesiapa yang ertaubat kepadanya.

Seterusnya, amalan taubat ini perlu dilakukan setiap masa kerana kita sering lupa dan dering melakukan dosa. Walaubagaimanapun, jika dosa2 kecil, sudah cukup dengan amalan2 soleh serta Istigfar, solat dan sebagainya. Bila kekotoran yang melekat di hati menjadi bersih, secara automatik akhlak kita akan bertambha baik dari hari ke hari. Dengan itu, dapatlah kita menuju kepada negeri keimanan dan menetap disana selamanya, InsyaAllah, semoga kita semua mendapat hidayahNya dan diberkati.

Monday, December 21, 2009

Perkahwinan adalah Ibadah

OLEH : Mon

Kesempatan cuti sekolah sinonimnya digunakan untuk melangsungkan perkahwinan serta mengadakan kenduri mengikut kemampuan masing2. Bagi yang berkemampuan, majlis diadakan dihotel-hotel mewah, 'clubhouse' atau dewan yang ditempah khas bagi mencerminkan status masing2...bagi yang ingin bersederhana pula, mungkin cukup diadakan di perkarangan rumah masing-masing...walau dimana sekalipun majlis itu diadakan, semoga semua yang baru melansungkan perkahwinan, semoga mereka akan kekal hingga ke akhir hayat, menajadi pasangan yang soleh atau solehah serta meninggalkan anak-anak yang soleh supaya keterlansungan amal ibadah mereka dapat diteruskan hingga keakhirnya,,,Yaumul Kiamah. InsyaAllah.

Bagi diri saya sendiri, cuti kali ini mencatatkan rekod yang tersendiri kerana kali inilah kenduri yang paling banyak dihadiri jika dibandingkan dengan yang lepas2. Boleh dikatakan selang sehari atau dua hari, ada saja jemputan yang perlu dipenuhi, dari sahabat handai, jiran tetangga dan juga kenalan jauh. Ini pun, ada lagi majlis belum dihadiri. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon seribu kemaafan bagi sahabat handai yang melansungkan perkahwinan luar dari kelantan,.. amanah kerja yang dipikul memang menghalang saya untuk keluar dari kelantan untuk masa terdekat ini,dan juga seribu kemaafan buat LEN.....juga kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis anda (sgt bersalah rasanya)....

Sesuai dengan mood semasa, mungkin saya ingin melontarkan sedikit pendapat disamping mengutarakan beberapa situasi yang semakin menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita dewasa ini. Walaupun tuntutan perkahwinan hanya merupakan harus dalam Islam, tetapi penekanannya memang berat. Malah ia menjadi wajib kepada individu tertentu mengikut keupayaan dan kemampuan individu tersebut...

Berkaitan dengan isu ini, mungkin kita sedikit sebanyak telah mencampurkan antara adat dan tuntutan agama dalam melangsungkan perkahwinan, sehingga ada diantara kita yang telah melebihkan adat dari agama...seharusnya ini dielakan bagi menghindari sesuatu yang kita tidak ingini pada masa hadapan.....

Jika menyebut tentang perkahwinan, kebahgiaanlah ukurannya untuk pasangan itu. Tetapi, apakah bacaan atau sukatan untuk kebahgiaan?? Inilah yang menjadi kekalutan untuk kita, kerana ia merupakan sesuatu yang subjektif, kepada sesiapa yang berjaya mengenal hakikat kebahgiaan....insyaAllah....semua ranjau akan dihadapi dengan tenang.....Hakikat kebahgiaan secara panjang lebar dibincangkan dalam Tasauf Moden, karya Prof HAMKA.

Seorang yang sakit akan merasa bahgia jika dia beroleh kesihatan, seorang pelajar akan merasa bahgia bila berolehi kejayaan dalam pelajaran, kebahgian doktor mbila melihat pesakitnya sembuh, seorang yang miskin, akan merasa bahgia bila mendapat kekayaan,....seterusnya....jika kita betul2 merasa bahgia dgn mendapat apa yang kita tidak miliki.......bagaimana pula kita akan merasa bahgia setelah kita perolehi apa yang kita impikan...adakah ia akan terhenti setakat itu sahaja?

Seorang nenek tua yang miskin, telah mencapai umurnya hampir 100 thn, merasa tiada lagi gunanya untuk dia hidup didunia ini kerana umur yang panjang tidak bisa memberikan apa-apa untuknya,suami nya sudah lama meninggal, anak2 pula sudah mempunyai kehidupan masing2, apa lagi yang diperlukanya??? mau saja dia mati, tetapi dari tahun ke tahun, tidak juga dia menemui ajalnya......Ada satu lagi, seorang kaya yang sakit tenat, duit nya berjuta-juta,, bertimbun2....sangat berharap untuk hidup lebih lama.....tetapi penyakitnya yang sangat kritikal,menyebabkan dia menemui ajalnya......andaikata dia boleh membeli nyawa, sudah pasti sanggup untuk menghabiskan kesemuanya...... tapi...hakikatnya...bagaimana??? maka.... kebahgiaan itu seperti yang kita tentukan, jika kita merasakan mempunyai harta yang banyak itu bahgia, maka kita akan berusha mencari harta,jika kita merasakan pangkat itu membahgiakan kita, maka kejarlah pangkat itu....kalo kita merasakan ketenangan itu membahgiakan...carilah ketenangan itu....kalo kita merasakan hadirnya cinta Allah dalam hati itu membahgiakan....maka carilah Allah ..Allah berfirman "sesungguhnya Aku lebih dekat dari urat lehermu "..

Mengapa saya menyelitkan sdikit tentang hakikat bahgia disini?? kerana ia amak sesuai sangat dengan topik munakahat...semua yang merancang untuk berkahwin atau ingin berkahwin, ingin mengecapi rasa bahgia....Maka...dalam hati sanubari masing2 telah tersemat impian masing2, bagaiman laluan kebahgiaan yang anda inginkan...meniti kehidupan bersama org dikasihi... Semoga dikurniakan kasih yang berpanjangan....

Dalam mencari calon yang sesuai, kita seharuanya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam selagi tidak menyalahi syara'.Jika mencari jodoh yang cantik, semoga kecantikan itu akan berkekalan sampai bila2, jika mencari yang kaya, semoga kekayaan itu terus melimpah ruah, jika mencari jaminan pekerjaan yang tetap, semoga jawatan itu berkekalan sampai bila2,jika mencari yang berpendidikan, semoga ilmu itu memberi manfaat. Jika mencari yang beragama, itu yang utama...sesiapa yang memiliki lebih dari satu kriteria, mungkin kurniaNya sangat besar untuk kita..... cubalah kita mendalami sedikit tentang Ilmu Hakikat...semoga lebih mengerti apa yang terbaik ntuk kita ...menjadi bekal ke negeri akhirat untuk mencari keredhaan Ilahi melalui ibadah perkahwinan....Jangan pula kerana ingin mencari yang cantik, yang berharta, atau berkedudukan sampai kita mengabaikan faktor agama.....

Kepada sahabat handai dan rakan taulan yang telah selamat berkahwin.... semoga pernikahan anda diberkati olehNya, Kepada sesiapa yang ingin menlansungkan pada masa akan datang ini, semoga anda bersedia untuk menghadapinNya dah dipermudahkan segala urusan. Kepada sesiapa yang baru merancang, semoga perancangan anda berjalan lancar... Dan kepada sesiapa yang telah berkahwin...tetapi diambang gelora....sabarlah....cubalah selamatkan ikatan yang suci itu daripada diruntuhkan.....semoga kita sama2 mendapat rahmat dan petunjuk dariNya.

Saturday, December 12, 2009

Cari Jodoh

Kuliah maghrib Masjid Muhammadi 12/12/2009


Semua orang dah tau pun apa guideline nak pilih menantu mengikut Islam...jadi rasanya ulasan mungkin tidak banyak membantu.....cuma satu je yg menarik apa yg ustaz tu cakapkan pasal fenomena zaman sekarang dalam memilih menantu.....

" Takpo la gano-gano pun....asal keje besar dan banyok pitih....bahgio la tu anak kito ..."

n satu lagi

" Xpo la gano2 pun...asal lawa so karo pun jadi lah..."

Maybe kene format balik fikiran orang zaman lonih.....or itu adalah trend zaman moden :)

Wallah hu a'lam.....