Tuesday, November 24, 2009

Friday, November 20, 2009

AQABAH TAUBAT dan AWAIQ

Ulasan Kuliah Maghrib Masjid Muhammadi Kota Bharu, 20/11/2009
Berdasar Buku Minhajul Abidin, Imam Ghazali.

Oleh : MON

Keterlansungan dari topik minggu lepas mengenai aqabah ilmu, kuliah diteruskan dengan menyentuh fasa selepas sesorang sudah bersedia untuk melakukan ibadah seperti yang ilmu yang telah diperolehi. Setelah ilmu fardhu ain yang telah didalami, sesorang itu hendak melakukan ibadah dengan sebenarny. Dengan taufik hidayah yang dikurniakan secara berterusan, kita seharusnya sentiasa untuk memohon agar taufikNya tidak akan pernah putus dari sampai kepada kita. Dengan taufikNya..kita akan sentiasa merasakan diri ini sentiasa penuh dengan noda dan dosa, Jika seorang itu mendapat taufik dan hidayat, maka dia akan sentiasa ingin bertaubat setiap hari, kerana dia tau, setiap masa dia melakukan dosa,setiap hari pasti kita akan melakukan dosa, maka sesiapa yg tidak bertaubat, maka hatinya akan sentiasa menjadi hitam dan lebih hitam. Dosa ini umpama mewujudkan sabuah dinding diantara kita dah Allah s.w.t. Maka dengan taubat lah kita dapat merobohkan segala benteng dari terus menjauhi Allah.

Bertaubat ialah bertujuan mengekalkan atau supaya kita memasuki daerah keimanan, dimana, Allah hanya akan menjaga sesiapa yang berada dalam daerah keimanan ini. Bagi sesiapa yang terus melakukan dosa, maknanya dia semakin menjauhi keluar dari daerah keiman kepada daerah kekufuran. Oleh kerana Allah hanya akan menolong org yg bertaubat kepadanya, maka setiap hari kita perlu untuk terus bertaubat, jangan kita leka sehingga tertarik kepada daerah kekufuran. Jika dosa-dosa kecil, ia cukup sekadar dengan berzikir dan amalan soleh, manakala, jika kita melakukan dosa besar, kita hendaklah meniggalkan perbuatan itu. Jika kita tetap melakukan kesilapan tersebut, maknanya taubat kita itu tidak sejati.

Dalam memotong aqabah taubat(imam ghazah menganalogikan rintangan itu sebagai aqabah(bukit), jadi...dalam maksud asal, beliau menngunakan sebagai mendaki bukit) ia memerlukan pemahaman yang begitu mendalam terhadap rintangan2 yang akan dihadpi. Ia boleh disama seperti kita ingin menuju kejalan taubat, kita perlu melalui jalan yang betu. Ditepi2 jalaun ini, penuh dengan godaan yang akan menyulitkan dan mendorong kita untuk lambat sampai ke destinasi taubat.

Dalam contoh ini, ustaz membadaingkan seperti kita sedang melalui satu jalan, tiba-tiba kita tersekat dengan kesesakan lalu lintas. Ia akam melambatkan kita dari sampai ke destinasi yang kita tuju. Bila berhadapan dengan kesesakan ini, ia hanya disebab kan oleh pembukaan gedung pasaraya yg baru. Sedangkan jalan itu tiada masalah apa pun. Pembukaan gedung itu sebagi godaan untuk kita....jika kita tidak dapat menahan godaannya... kita akan berhenti, dan terus turut serta dalam memriahkan pembukaan pasaraya baru itu...... Dengan segala promosi hebat, kita menjadi terus lalai, kerana membelanja kepada perkara2 yang tidak perlu. Begitu lah umpana godaan yang akan dihadapi oleh org yang ingin bertaubat.

Dalam perjalanan bertaubat, Rintangan seterusnya ada lah AWAIQ, atau disebut sebagai aqabah awaiaq. Peringkat yang perlu kita fahami supaya kita tahu akan segala godaan yang selalu kita lalui. Dengan taufikNya juga kita akan kenal dengan segala rintagan-rintangan ini.

Oleh itu, kita harus fahami tentang 4 godaan dalam melakukan ibadat. Secara mendalam, ia memerlukan masa yang lebih, jadi secara terperinci, ia akan dibincangkan pada minggu2 hadapan, manakala, pada minggu ini hanya cukup dengan pengenalan kepada peringkat2 tersebut.

1. Dunia dan isininya
Dunia ini seluruhnya merupakan satu rintangan untuk kita melakukan ibadah. Jadi perlu difahami mengenai segala isi dunia yang menggoda kita kita dari melakukan ibadah dengan tenang. Cara yang terbaik untuk mengatasi godaan ini ialah dengan sifat zuhud.

2. Mahkluk tuhan.
Secara kasarnya, ia lebih memfokuskan kepada manusia, kerana secara kita tidak sedar, manusia banyak mempengaruhi kita dari melakukan ibadah, Mungkin keluarga,isteri, anak-anak, sahabat handai secara tidak lansung menarik kita dari melakukan ibadah. Faktor ini boleh dielakan dengan beruzlah. Mungkin beruzlah berseorangan diri amat susah dilakukan keran manusia merupak makluk Tuhan yang secara azalinya memerlukan sosial dalam kehidupan, jika kita terus berseorangan, mungkin menyebabkan kita menjadi gila, jadi untuk mengelakan kita terus bersama dengan manusia2 yang memperngaruhi kita kearah kemaksiatan, kita dibolehkan untuk beruzlah dalam kelompok yang soleh.

3. Syaitan
Sejak kita lahir, kita akan diekori oleh syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan kita, Syaitan dengan segala tipu helah tidak pernah berputus asa untuk menghasut kita dari terus beriman. Jadi untuk memudahkan kita melakukan ibadah dan mengelak hasutan syaitan, kita harus melawan musuh ini dengan kekuataan dan ilmu mengenainya. JIka kita tahu taktik2 yang digunak syaitan, sudah pasti kita dapat menilai setiap tingakah laku kita dengan hasutan syaitan. Maka ia harus dilawan dengan mujahadah.

4. Nafsu.
Peringkat ini merupankan peringkat yang palin sukar. Jika kita dapat melawan syaitan, ia lebih senang kerana syaitan merupakan musuh kita. Nafsu pula, merupak diri kita sendiri. Ia lebih sukar untuk melawan diri sendiri jiwa dibandingan dengan musuh. Pendekatan yang kita perlu ambila ialah dengan mendidik hawa nafsu serta lemahkannya . Hawa nafsu seolah2 binatang buas yang boleh dijinak dengan ganjaran yang setimpal.

Monday, November 16, 2009

Korban

Ulasan kuliah Maghrib 16/11/2009, Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Hari ni, topik yang dibincangkan mengenai ibadah korban yang kita semua akan lakukan minggu hadapan, mengambil kesempatan ini, ustaz menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum korban serta amalam-amalam sunat yang boleh dilakukan pada waktu ini, sehinggalah pada hari raya ...

Pertama sekali mengenai amalan yang sunat dilakukan. Seeloknya bagi sesiapa yang berniat ntuk mengerjakan ibadah korban, dianjurkan supaya dia melakukan atau meninggalkan larangan2 kecil seperti org yang berada dalam ihram bermula dari 1 Zulhijjah.....larangan tersebut seperti, memotong kuku dan mencabut apa jenis bulu.

Selain itu, jika berkempampuan, eloklah berpuasa dari 1 - 9 Zulhijjah , ataupun,, sekurang2nya...8 atau 9 Zulhijjah. Ganjaran Pahala sangatlah besar bagi sesiapa yang ingin mencari keredhaan Allah.

Mengenai Hukum Korban pula, Ustaz sempat mmbincangkan 3 situasi atau keaadan mengikut hukum syariat.

1. Pada dasarnya, mengikut pendapat jumhur ulamak ia merupakan sunat muaakdah,(tapi ustaz sebutkan sebagai sunat kifayah,,,,saya pun xpasti mengenai sunat kifayah ni)..apa yang ustaz maksudkan dengan sunat kifayah ialah,bagi setiap rumah atau keluarga, memadai dengan seorang sahaja yang mengorbankan satu bahagian. Jika sudah ada satu yang dah mewakili seluruh keluarga, ia sudah cukup untuk membersihkan dosa bagi keluarga tersebut, jika berkemampuan, lebih elok jika di sedekahkan atau diberi pluang kepada keluarga yang kurang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban.

2. Hukum menjadi wajib jika sesorang itu bernazar untuk melakukan korban. Pada situasi ini, org yg bernazar itu haram memakan daging korban tersebut, jika dia termakan, maka wajib diganti dengan jumlah yang dimakan dengan daging lain, ataupun sama nilai dgn apa yg dia telah makan. Disamping ia juga haram untuk dijual beli.

3. Hukum menjadi wajib disebabkan taklik....ustaz amat menitik beratkan persoalan ini kerana, lazimnya, kesalahan ini paling banyak dilakukan dalam masyrakat. Hukum akan menjadi wajib setelah, tuan lembu, unta atau haiwan sembelihan menyebut haiwan tersebut merupakan haiwan korban. I ni kerana, jika kita melafazkan haiwan tersebut sebagai haiwan korban, secara automatiknya ia menjadi milik Allah s.w.t Maka hukumnya juga haram bagi pemilik tersebut makan, jual beli. Maka setelah dikorbankan ia wajib disedakahkan.Mungkin persoalan ini perlu diperhalusi lagi bagi meleraikan segala kekusutan tentang permasalahan lafaz taklik seperti yang ustaz maksudkan.

Kuliah ditangguhkan selam 4 minggu....ustaz nak gi wat haji plak ;)

wassalam...

Sakaratul Maut

Kuliah Maghrib 15/11/2009 , Majid Muhammadi, Kota Bharu.
Menelaah Karya Imam Habib Abdullah Haddad. Terjemahan Bahasa Melayu;Nasihat Agama Wasiat Iman

Oleh : MON

Kali ini, topik yang dibicara ialah mengenai persedian sebelum mati, sejauh mana kita sudah bersedia untuk mati, bagaimana dengan bekalan kita untuk akhirat. Bagi sesiapa yang akan masuk syurga tanpa hisab....sangatlah beruntung....kerana MIZAN itu sangat perit dan lama.....walaubagaimana pun...sebelum sampai ke akhirat, semua akan merasai mati, tidak ada seorang pun akan terlepas dari merasai kematian ini dan semua urusan ini hanya Allah yg mengetahuinya.... Jadi kita haruslah sentiasa mengingati mati sentiasa dekat dengan kita dengan mempersiapkan diri setiap masa. Bila disebut pasal mati... setiap orang akan melalui sakaratul maut, yang mana....ia amatlah pedih....tak seperti yang kita selalu sebutkan bila melihat rakan-rakan atau sanak saudara mati. Bagi pandangan mata, kita kekadg nampak seseorang itu sgt tenang semasa menghempuskan nafasnya. Ungkapan " Nampak tenang je dia meninggal" memang biasa kita ucapkan bagi mengambarkan betapa senangnya sesorang itu meninggal.

Dengan mata kasar, ketenangan itu hanya kita nampak kerana Allah menutup pandangan hakikat... Jika kita dapat melihat hakikat...ternyata kita tidak sanggup untuk memikirnya pun....cuma kekadang Allah buka sedikit hakikat itu sebagai pengajaran dan pedoman untuk kita..

Untuk kita lebih mengambil iktibar mengenainya..... Diceritakan kepedihan Rasulullah ketika Malaikat Izrail melaksanakan tugas kepada baginda. Allah s.w.t menyeru Izrail a.s supaya sebelum mencabut roh dari Baginda, mintaklah izin dengan Baginda terlebih dahulu, jika Baginda tidak mengizinkan, maka baliklah dan datanglah kembali kepada Allah. Selain itu Allah s.w.t berpesan agar Izrail a.s melaksanakan tugas tersebut dengan cara yang paling lembut supaya tidak menyakiti kekasih Allah s.w.t.

Untuk menghayati kisah kewafatan Rasulullah dengan lebih baik,, dilampirakan penulisan dan penyampaian seorang yg ternyata lebih baik dr saya mengenai kisah ini dari blog Kabar Dari permata timur. http://iwan-uni.blogspot.com/2005/11/tatkala-rasulullah-wafat.html


Mohon dibaca perlahan-lahan sampai habis.
DIRIWAYATKAN dalam salah satu hadis, bahwa surah Al Maa'idah ayat 3 diturunkan sesudah waktu asar, hari Jumaat di padang Arafah, pada musim haji penghabisan [Wada*]. Saat itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah, duduk di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada untanya. Untak lalududuk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan agamamu. Maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang oleh-Nya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu. Beritahu mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Begitu Malaikat Jibril a.s. pergi, Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah, terus ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabatnya, ia menceritakan apa yang telah dialaminya. Saat para sahabat mendengar hal yang demikian mereka pun gembira: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."

Abu Bakar r.a. berbeda reaksinya. Ia tidak dapat menahan kesedihannya. Ia lalu kembali ke rumah, lalu mengunci pintu, dan menangis sekuat-kuatnya, dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain. Maka berkumpulah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempurna."

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu. Tidakkah kamu tahu bahwa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah kekurangannya. Turunnya ayat tersebut hanya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim. Para isteri nabi menjadi janda."

Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka didengar para sahabat yang lain. Maka mereka pun memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a. Kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau."

Saat Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.. Begitu Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?" Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat.

Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat." Begitu Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya.

Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang di langit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat maupun yang di laut turut menangis. Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka.

Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari. Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan shalat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan shalat dua raka'at bersama semua yang hadir.


Setelah selesai mengerjakan shalat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mau mengemukakan hal ini."

Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang,setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]." Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu.

Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau." Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash."

Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?." Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Falimah r.a., begitu Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua."

Saat Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah s.a.w.oleh itu kamu pukulah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w."

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w."

Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, begitu Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Begitu 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu.

Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga." Saat ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a.

Beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya.''

Kata Rasul selanjutnya, ''Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalati aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bershalat ke atasku."

Begitu para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahwa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w..

Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.

Saat waktu subuh hampir hendak pupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir."

Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Begitu Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan.

Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid.

Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah. Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahNYA. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."


Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" ["Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?"]

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu."

Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggilmu, dan aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya."> Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur."

Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Saat Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku."

Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?"

Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w.

Saat Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu di langit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu.

Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik r.a. berkata: "Saat roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."

Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahwa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Diambil dari milis Ida-Krisna Show, sebuah program Radio Delta FM, Jakarta. Kisah ini dipostingkan di sini di hari terakhir Ramadhan 1426 H, sebagai sebuah renungan. Semoga Allah SWT melimpahi kita pahala. Dan puasa kita diterima Allah SWT.


MON- JIka kekasih Allah begitu perit menghadapi sakaratul maut, bagaimana pula kita seorng insan kerdil yang selalu lalai, yang masih byk dosa kita lakukan setiap hari....Bagaimanakah saat kita merasainya? dikala Izrail datang memanggil.... semoga kisah ini dapat menjadi panduan untuk kita.

Friday, November 13, 2009

Aqabah Ilmu

Kuliah Maghrib, 13/11/2009 , Masjid Muhammadi, Kota Bharu.
Menelaah Karya Imam Al- Ghazali, Minhajul Abidin..

Oleh : MON

Hari ini masih lagi membincangkan tentang Aqabah Ilmu iaitu tahap kedua selepas seseorang mendapat sinar cahaya dari kegelapan. Kesedaran dari keadaan gelap kepada cahaya ini membuatkan sesorang itu ingin melakukan ibadah dengan lebih tekun. Oleh itu, dia tidak boleh tergesa2 melakukan ibadah kerana kekurangan ilmu.

Setelah hati kita digegarkan oleh tuannya ( Allah), perasaan itu mnyebabkan kita akan menjadi takut, menyesal dengan kesilapan, kejahilan, atau zaman gelap yg kita lalui sebelumnya.. perasaan yang membuak2 itu mendorong kita ntuk kembali ke jalan yang benar. Pada dasarnya, waktu itu, kita merasakan diri ini kosong....untuk melakukan ibadah, kita perlukan ilmu.Kerana dari ilmu itu akan melahirkan keyakinan... Tanpa ilmu, yakin itu tidak akan hadir, lantas, kalo kita beribadah dalam keadaan itu, ibadah kita tidak sempurna dan tercari2. Ibadah yang terbahagi kepada dua iaitu ibadah fizikal dan ibadah hati. Peringkat inilah dinamakan aqabah ilmu kerana rintangan ilmu ini akan membezakan keyakinan yang akan kita perolehi. JIka tanpa ilmu, yakin itu tidak akan hadir, malah syaitan akan mengambil kesempatan ini untuk terus menghasut kita dari mendapat keyakinan kerana syaitan telah kalah di peringkat pertama, semasa hati digegarkan Allah. Sifat syaitan memang berusaha untuk terus menyesatkan manusia dari beribadah.

Maka, pengetahuan dan keyakinanNya akan perkara-perkara ghaib(Tuhan)itu akan mendorongny berkhidmat dan melakukan ibadat dengan sepenuh hati,menghambakan diri kepada si Pemberi nikmat. Ini bererti dia telah menemui apa yang selama ini dicari.

Akan tetapi, dia masih belum mengetahui cara untuk beribadat. Selepas mengenal Tuhan. bagaimana pula dia ingin beribadat dan mengabdikan diri kepadaNya? Apa yang diperlukan untuk berkhidmat kepadanya fizikal dan hati.??

Selepas dia mengetahui cara makrifat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dia akan bersungguh2 mempelajari ilmu ibadat.

Namun, peringkat selanjutnya, setelah dia mengetahui ilmu2 itu, dia pula akan menyedari yang selama ini dia telah banyak melakukan dosa dan maksiat. Maka dia akan terus mencari ilmu bagaimana dia hendak bertaubat, kerana sebelum melakukan ibadat, dia perlu membersihkan diri dari kekotoran dan kekejian yang pernah dilakukan,dia perlu melaui peringkat taubat pula.

Peringkat2 ini ada beberapa lapis lagi sebelum dia betul2 dapat mengatasi aqabah...

Wednesday, November 11, 2009

Rahmat Allah Mengatasi Segala Amalan Baik

Oleh: MON

Ketahuilah bahawa seorang Mu'min yang mengambil berat tentang agamanya, yang teguh ilmu dan keyakinannya akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kearah yang lebih soleh dengan melipatgandakan usahnya tanpa mengira apa hasilnya. Kerana dia sentiasa takut akan takdir Allah S.W.T. Setelah dia berusaha dengan gigih tanpa mengira penat lelah, barulah dia bertawakkal dengan Allah dengan sebenar-benarn yakin, segala rahmat yang diperolehinya sama sekali tidak bergantung dengan usahanya kerana dia tidak bergantung kepada amal baktinya melainkan dengan Kekuasaan Allah Yang Maha Halus mengatur perjalanan alam serta isinya. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada seorang pun yang boleh memasuki syurga dengan amalannya. Para sahabat bertanya: Apakah engkau pun sama juga, wahai Rasulullah? Ujar Baginda: Begitu juga aku, melainkan jika Allah melitupkanku di dalam rahmatNya."

Ini dibuktikan dengan Rasulullah sendiri dengan rajinnya banyak mengerjakan amal soleh, sehingga kedua tumitnya bengkak kerana terlampau banyak sembahyang di waktu malam walhal baginda telah dijanjikan syurga. Apatah lagi kita umat yang amat lemah, sering melakukan maksiat kepadaNya.

Meskipun begitu, ada umat yang banyak mengerjakan banyak amal soleh, kemudian dia bergantung dengan suma amalan itu, dia adalah orang yang ujub(megah) dengan dirinya, berani dengan Tuhannya. Mungkin suatu masa kelak, dia akan diuji Allah dengan sesuatu bala', sehingga dia sedar akan dirinya yang bersifat lemah itu dan segala amal solehnya tidak mungkin berlaku, jika bukan dengan rahmat dan kurnia Allah Ta'ala.

Allah berfirman :

" Dan kalaulah tiada kerana kemurahan Allah dan rahmatNya kepada kamu, tiada seorang pun diantara kamu yang bersih buat selama-lamanya, akan tetapi Allah mensucikan orang-orang yang disukaiNya, dan Tuhan itu Maha Mendengar dan Maha Tahu." (An- Nur: 21)

Adalah diceritakan, bahawa seorang hamba Allah telah beribadat kepada Allah Taa'la selama 500 tahun. Pada Hari Kiamat, Allah berkata kepadanya: Wahai hambaKu! Masuklah syurga dengan rahmatKu! Jawab hamba itu dengan protes: Bahkan, ya Tuhan! Masukanlah aku ke dalam syurga kerana amalanku. Maka Allah s.w.t. pun memerintahkan supaya ditimbang segala amalan hamba itu dengan satu nikmat saja; iaitu nikmat melihat. Ternyata berat timbangan nikmat melihat itu menyamai seluruh berat amal ibadatnya, sedang diatas hamba itu masih ada banyak lagi nikmat-nikmat lain yang masih belum ditimbang, maka Allah memerintahkan supaya ia dibawa masuk kedalam neraka. Ketika itulah, hamba itu baru sedar lalu merayu: Ya Tuhanku! Aku terkhilaf, kini masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatMu! Lalu Allah pun memerintahkan supaya ia dibawa masuk kedalam syurga, seraya Allah yang bersifat Maha Besar dan Maha Tinggi memuji hamba itu .

Jadi, kita perlu mengambil dua langkah dalam meningkatkan iman kita kepadaNya, pertama, memperbaiki amalan kita dan keduanya bergantung kepada Allah dan menyingkirkan selainNya.Kita tidak kemana pun tanpa rahmatNya sedangkan kita wajib beramal menurut perintahNya.

Berkata Syaikh Abu Said Al_ Kharraz r.t :

"Siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala dengan amalannya, maka ia adalah seorang yang membuang masa. Dan siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala tanpa amalan pula, maka ia seorang yang berangan-angan kosong."

Sebab orang yang berangan kosong itu tiada membekalkan diri dengan apa-apa amalan pun, lalu ia mendakwa menyerahkan dirinya kepada Allah dan mengharapkan rahmatNya. Yang demikian itu adalah suatu sikap yang bodoh dan terpedaya. Segala rahmatNya tidak akan sampai kepada kita melainkan setelah kita berbakti dan beramal soleh seperti yang dikatakan oleh Al-Hassan Al-Bishri r.t:

" Sesungguhnya mencita-citakan pengampunan itu telah memperdaya banyak orang, sehingga mereka meninggalkan dunia ini dalam keadaan bangkrap."

Iaitu tanpa amal soleh sama sekali.

Beliau menambah lagi

"Sesungguhnya orang Mu'min itu berbakti seraya gementar terhadap Allah Ta'ala. Manakala seorang Munafiq pula membuat kejahatan seraya merasa aman dan sentosa sepanjang masa."

Sifat ini agak terbalik kerana sifat bersalah sepatutnya ada pada orang yang berbuat salah kerana dikhuatiri akan ditimpa kemurkaan Allah tetapi merasa aman sentosa meskipun berbuat salah kerana hatinya jugak telah terbalik dan mata hatinya telah buta.

Jadi, untuk mendapat keredhaan dan rahmatNya, kita seharusnya berusaha sehabis baik dengan ikhlas tanpa mengira apakah ganjarannya seterusnya hanya berharap pada Allah Ta'ala.

" Ya Allah! Ya Tuhan kami! Berikanlah kami petunjuk, dan pimpinlah kami ke jalan yang Engkau cinta dan redhai. Sebenarnya kami telah menyerahkan diri kami kepadaMu. Wafatkanlah kami sebagai orang-orang Muslimin serta golongkanlah kami bersama-sama orang-orang solihin!"


Rujukan : An-Nashaaih Ad-Diniyah Wal_ Washaaya Al-Imaaniyah ( Nasihat Agama dan Wasiat Iman ) Imam Habib Abdullah Haddad.
Panduan : Kuliah maghrib, Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Sunday, November 1, 2009

Rasulullah s.a.w Suami Contoh

Oleh Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid


Kebahagiaan keluarga merupakan tunjang bagi kejayaan seseorang. Melalui keluarga akan nanti melahirkan ulama, cendiakawan, usahawan atau pimpinan yang unggul.

Suami dalam keluarga memainkan peranan penting dalam memimpin seisi keluarga. Melalui kepimpinan suami itulah mempengaruhi kejayaan dan kebahagiaan sebuah keluarga.

Bagaimanakah ciri-ciri suami yang berjaya?

Bagi menjawab persoalan ini kita perlu menyelusuri sirah Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami yang berjaya malah Baginda mempunyai ciri-ciri suami idaman seluruh wanita.

Ciri-ciri tersebut termasuk:

1- Menyayangi isteri dengan sepenuh hati

Rasulullah s.a.w. menyayangi Khadijah r.a. dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayanginya kerana:

* Khadijah tinggal bersama Baginda selama suku abad dan mereka sama-sama merasai saat-saat suka duka.
* Dia membantu Baginda ketika suasana yang getir dan sukar.
* Dia sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.
* Dia menyertai Baginda dalam jihad menegak agama Allah.
* Dia mengorbankan kepentingan diri dan harta bendanya.
* Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118)

2- Romantik

Rasulullah s.a.w. juga merupakan seorang yang romantik. Bagaimana romantiknya Rasulullah?

* Tidur bersama isteri dalam satu selimut – Daripada Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a., selalu mandi bersama dalam satu bekas. Dan pernah suatu ketika Baginda tidur dengan Aisyah dalam satu selimut, tiba-tiba Aisyah bangun. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangun?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid wahai Rasulullah,” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah dan pakaikan kain dan dekatlah kembali kepadaku.” Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama Baginda.” (Riwayat Sa’id bin Manshur)
* Saling memakaikan wangian – Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyakkan badannya, Baginda akan memulai dengan auratnya, menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri Baginda meminyakkan bahagian lain daripada tubuh Rasulullah s.a.w.” (Riwayat Ibnu Majah)
* Mandi bersama isteri – Daripada Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku pernah mandi bersama Nabi s.a.w., menggunakan satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bekas tersebut).” (Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
* Minum menggunakan bekas yang sama – Daripada Aisyah r.a. dia berkata, “Saya pernah minum daripada cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum. Kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup airnya, kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.” (Riwayat Abdurrazaq dan Sa’id bin Manshur)
* Membelai isteri – “Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah berlalu setiap hari melainkan Baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama (bersetubuh) sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di sana.” (Riwayat Ahmad)
* Mencium isteri – Daripada Hafshah, puteri Umar r.ha. : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Riwayat Ahmad)
* Berbaring di pangkuan isteri – Daripada Aisyah r.a., “Nabi s.a.w. meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran.” (Riwayat Abdurrazaq)
* Panggilan mesra – Rasulullah s.a.w. memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira‘ (si pipi merah delima).
* Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra – Nabi s.a.w. memicit hidung Aisyah r.ha. sekiranya dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Riwayat Ibnu Sunni)
* Memberi hadiah – Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. berkahwin dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya: “Sesungguhnya aku hendak memberikan hadiah kepada Raja Najasyi sepersalinan pakaian dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui bahawa Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Benarlah keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikan kepada isteri-isterinya sebotol minyak kasturi, manakala baki daripada minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda beri kepada Ummu Salamah.” (Riwayat Ahmad)

3- Menghormati dan menjaga perasaan isteri

Rasulullah s.a.w. merupakan seorang suami yang sentiasa menghormati dan menjaga perasaan isterinya. Suatu ketika, ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, Baginda mendekati isterinya Aisyah. Aisyah berkata: “Di tengah malam Baginda mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku Baginda berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

4- Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa pada suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirimkan kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah dan makanannya jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan makanan tersebut.

5- Membantu isteri

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.ha. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”

Demikianlah beberapa contoh bagaimana Rasulullah s.a.w. menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kepulangan Rasulullah s.a.w. ke rumah bukan sekadar untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, Baginda di rumahnya juga adalah untuk membantu isterinya menguruskan rumah tangga. Inilah yang Baginda lakukan walaupun mempunyai tugas dan tanggungjawab di luar rumah.

Kesimpulannya, kita perlu mencontohi akhlak dan keperibadian Baginda tersebut. Sesibuk-sibuk kita, tidak seperti sibuknya Rasulullah s.a.w. Setinggi-tinggi pangkat kita di tempat kerja, tidaklah setinggi pangkat dan darjat Rasulullah s.a.w. Maka apakah yang menghalang kita daripada membantu meringankan tugas dan urusan isteri kita di rumah?

Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami terhadap isterinya. Maka sebagai seorang suami, contohilah sikap Baginda ini ketika bermuamalah bersama isteri. Manakala buat para isteri, ingatkan suami anda tentang ciri-ciri suami idaman. Semoga berbahagia bersama pasangan anda!


(MON - Ya Allah Pencinta Yang Agong....Cucurilah Rahmatmu keatas Kami)

- Penulis adalah Pensyarah di UIAM berkelulusan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) & Ijazah Sarjana (MA) dalam Bahasa Arab juga di UIAM. Sedang menyambung pengajian peringkat PHD di Universiti Malaya (UM).