Oleh : MON
Saban tahun, bila memasuki tahun baru, kita akan fokus kepada azam untuk tahun baru, sterusnya muhasabah diri mengenai azam tahun lepas yang jika ada yang masih belum tertunai, barangkali boleh dilanjutkan semula azam tersebut untuk thn berikutnya. Walaubagaimanapun, dalam konsep hijrah, ia berbeda sedikit tahun pandagan dan amalan kebaratan, yang mana ia lebih memfokuskan kepada penambahbaikan iman kearah mendekatkan diri kepada Al-Khaliq. Ada pendapat dari ulama' yang mengatakan bahawa keimanan itu tidak betambah dan berkurang, seperti hitam atau putih, iaitu samada dia beriman atau kufur.Mahupun begitu mengikut pendapat Imam Ghazali dalam Minhajul Abidin, keimanan itu boleh ibaratkan seperti tenaga. Ia boleh bertambah atau berkurang kuasanya, bergantung kepada amalan, keyakin sesorang. Maka setiap hari, tenaga iman ini ( kalau boleh dibandingkan sebagai kayu pengukur )tidak statik pada kedudukan sama. Ia akan berubah mengikut amalan kita.
Jika diambil konsep hijrah dalam konteks keimanan,seharusnya kita perlu melakukan penghijrahan dari negeri kekufuran kepada negeri keimanan. Dengan taufikNya, kita merupakan orang yang paling bertuah kerana tanpa taufik dan hidayahNya, jauh sekali kita akan mendapat inayatNya. Penghijrahan dari negeri kekufuran kepada negeri keimanan ini sinonimnya dengan melakukan taubat kepadaNya. Bila sahaja kita mendapat hidayahNya, akan terdetik dihati kita untuk bertaubat. Sifat seorang manusia, sering melakukan dosa, menjadikan taubat sebagai tunggangan terpenting untuk kita berhijrah. Dengan taubat inilah kita dapat membersihkan diri dari kekotoran yang tercalit dihati sanubari.
Walaubagaimanapun, ia tidak seharusnya disalah ertikan bahawa taubat ini dilakukan pada waktu2 tertentu sahaja. Selain itu, ada individu yang sudah merasakan ingin bertaubat, tetapi menunggu masa yang sesuai kerana merasakan diri terlalu banyak dosa sehingga malu dengan diri sendiri untuk bertaubat pada ketika itu. Perasaan ingin bertaubat merupakan satu sifat yang terpuji,dan tuntutan itu perlu dilakukan segera dan tidak perlu ditangguh. Jika ingin menunggu sedikit masa untuk berbuat baik dahulu sebelum bertaubat, disinilah yang menjadi masalahnya, kerana hati yang kotor umpama berjalan dalam kegelapan. Selagi kita ingin berjalan dalam kegelapan, maka selagi itulah kita tidak akan mendapat cahaya.Boleh sahaja dibanyangkan bagaimana keselamatan perjalanan kita dalam kegelapan??? Selagi belum bertaubat, selagi itulah kita akan terus membuat dosa. Seperti kita memandu diwaktu malam, sebelum memulakan perjalanan, kita perlu membuka lampu, barulah kita nampak jalan yang kita tuju, bagaimana jika kita terus memandu tanpa membuka lampu???? Jadi untuk berhenti dari terus melakukan dosa, kita perlu bertaubat dahulu,dengan itu, hati menjadi bersih, bolehlah kita berusaha untuk meninggalkan dosa itu semuanya, itulah yang terbaik. Walaubagaimanapun, sifat manusia yang amat sukar berubah, kita boleh meninggalkan perbuatan mungkar itu sedikit demi sedikit. Bermula dari yang paling besar dosanya. Ini juga telah dibuktikan semasa permulaan dakwah Rasulullah pada zaman jahiliyah. Seruan permulaan adalah untuk mentauhidkan Allah serta meninggalkan penyembahan berhala, tidak menyekutukan Allah dengan benda lain. Jadi, tidak perlu kita mengambil tindakan yang terlalu drastik keran takut ia akan memberikan kesan kepada diri kita sendiri jika mengalami perubahan yang terlalu drastik. Biarlah amalan yang dilakukan itu sedikit dengan istiqamah dari amalan yang banyak tetapi dilakukan sekali atau jarang2 sahaja.
Janganlah pula kita merasa berputusa asa dan takut dengan dosa kita yang banyak itu, kita tidak layak untuk mendapat pengampunanNya, kerana itu merupakan tipu daya syaitan. Sifat Allah yang Maha Pengampun jauh sekali berbeza dari sifat manusia. Sebesar manapun dosa kita kepadaNya, pasti Dia akan mengampunkan dosa2 kita. Allah juga Maha Pemaaf, setelah kita bertaubat, segala apa yang kita lakukan sebelum ini akan dilupakan semuanya. Tidak seperti sifat manusia, selepas memaafkan, kita masih akan mengingati kesilapan2 yang dahulu, masih diambil kira hal2 tersebut. Tidak bagi Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pemaaf. Setelah kita bertaubat, segala rekod2 kesalahan dahulu akan dihapuskan, maka akan dimulakan dengan catatan baru.
Allah berfirman :
Katakanlah:` Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Az Zumar:53).
Ayat ini turunkan bagi memberi jaminan dan harapan kepada kaum kafir yang ingin memasuki islam, tetapi khuatir akan dikenakan azab setelah memeluk Islam kerana semasa kufur, mereka telah banyak melakukan dosa seperti, membunuh, berzina dan meminum arak. Sesungguhnya Allah amat suka kepada sesiapa yang ertaubat kepadanya.
Seterusnya, amalan taubat ini perlu dilakukan setiap masa kerana kita sering lupa dan dering melakukan dosa. Walaubagaimanapun, jika dosa2 kecil, sudah cukup dengan amalan2 soleh serta Istigfar, solat dan sebagainya. Bila kekotoran yang melekat di hati menjadi bersih, secara automatik akhlak kita akan bertambha baik dari hari ke hari. Dengan itu, dapatlah kita menuju kepada negeri keimanan dan menetap disana selamanya, InsyaAllah, semoga kita semua mendapat hidayahNya dan diberkati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment