Saturday, December 26, 2009

Islam, Muslim dan Kerjaya Part 1

Oleh : MON

Berkisar lagi mengenai hijrah, konsep yang sangat dalam pengertian untuk setiap muslim jika betul2 diamati dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Jika meneliti semula sejarah kenabian Rasulullah sejak dari Baginda dilahirkan hinggala sehingga kewafatan, tiada siapa yang boleh mencaci atau mencela keperibadian baginda. Termasuklah pihak musyrikin Quraisy yang menentang hebat perjuangan dakwah baginda, bermula dari awal sehinggalah ke akhirnya, mereka sangat menyanjung tinggi keperibadian baginda yang mempunyai akhlak yang sangat terpuji, sehingga mereka tidak dapat mencari sebarang kecacatan keperibadian untuk dijadikan sebagai modal menolak dakwah baginda. Pihak musyrikin Quraisy mengakui betapa kebeneran dan kehebatan risalah yang dibawa baginda. Apa yang ditetang cuma adalah dari segi pemyembahan berhala. Mereka tidak mahu meninggalkan agama nenek moyang yang menyembah berhala. Sebelum kematian Abu Talib, bapa saudara Rasulullah yang memberikan perlindungan sehingga orang arab tidak berani mengapa2kan baginda, musyrikin Quraisy berjumpa dengan Abu Talib untuk menawarkan satu tempat atau keistimewaan yang tinggi kepada Rasulullah, mereka sanggup memberikan apa sahaja yang diminta oleh Baginda. Begitu terpujinya Rasulullah dimata musyrikin Quraisy, tetapi mereka masih tidak mahu meninggalkan penyembahan berhala seperti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka.

Fasa dakwah Rasulullah boleh dibahagikan kepada 2 peringkat, iaitu peringkat pertama ketika baginda berdakwah di Mekah kira-kira selam 13 tahun dan di Madinah selama kira2 10 tahun. Pada peringkat pertama, dakwah hanya menumpukan kepada pembentukan individu, iaitu pengukuhan akidah dan pembentukan akhlak mulia. Kemudian selepas penghijrahan ke Madinah, barulah ia mengenai persaudaraan, pembentukan masyarakat, negara, ekonomi, dan sebagainya.

Dengan memahami dakwah Baginda secara keseluruhannya, kita boleh mengambil langkah yang sewajarnya dalam kehidupan pada masa kini yang mana boleh dikata makin menjauh dari tauladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah. Dari pengamatan terhadap kehidupan masyarakat, pengalaman sendiri, dan juga perbincangan dengan rakan2, sedikit sebanyak membuka ruang kepasa saya untuk menyentuh topik ini buat renungan bersama. Mana-man pendapat yang dilontarkan bukanlah untuk melabelkan atau mengkritik sesiapa. Mungkin ia cuma pandangan dari perspektif saya yang mungkin masih mempunyai banyak kelemahan dan kepincangan dari segi kebolehan melihat situasi dari keseluruhan sudut.

Keresahan sahabat handai serta liku-liku yang dihadapi tentang kerjaya sebagai sumber pendapatan sedikit sebanyak memberi kesempatan untuk mendalami kerumitan ini serta mendorong kepada penggerudian kepada punca sebenar kegelisahan yang melanda.Perasaan ini timbul dari diri sendiri setelah mendapat kocakan halus dari orang sekeliling sedikit sebanyak mencetuskan perasaan serba salah seterusnya mengikis kenyakinan sedikit demi sedikit. Kocakan kecil pada dasarnya mengoyangkan tiang keyakinan secara perlahan-lahan. Mungkin kerana pegangan asalnya tidak seteguh mana lantaran keyakinan yang timbul dari ilmu yang belum cukup dan menyeluruh, sekadar hanya dengan perasaan diri sendiri yang merasakan ia tidak begitu penting, mungkin juga keyakinan itu palsu kerana hadir dari khatir (lintasan hati) yang salah. Secara ringkasnya, ungkapan " Kita jangan tumpukan kepada akhirat sahaja, dunia juga kita perlu kejar" yang selalu dijadika hujah supaya kita berusaha gigih, berkerja bertukus lumus dengan harapan semoga kekayaan, kesenangan, kejayaan, kebahgiaan dan apa sahaja yang kita capai didunia ini, yang kita perolehi itu akan kita gunakan untuk bebuat ibadat,menjadi amal saleh, serta membuat kita lebih dekat kepadaNya. Seperti yang dilakukan para sahabat, yang membelanjakan kekayaan kejalan Allah, mensedekahkan beratus2 unta untuk digunakan semasa berperang. Mungkin itu kesilapan penafsiran sendiri atau sogokan dari masyarakat yang menjuruskan kepada pemikiran sedemikian. Tetapi sejauhmanakah kekayaan dan kesenangan yang kita perolehi itu dikeluarkan kejalan Allah. Sebagai contoh...jika pendapatan kita RM 1000 sebulan....maka berapa yang disedakahkan setiap bulan???? RM500??atau separuh lagi??250???? tau RM 50????..atau cukupkah jika kita anggapkan belanja serta nafkah untuk anak isteri yang sememangnya dikira sebagai jihad kejalan Allah itu sebagai pengukurnya??? Berapa pula kita gunakan untuk membantu anak yatim atau orang yang memerlukan ? Jadi sejauh manakah hujah yang digunakan itu menepati apa yang kita cakapkan? Ataupun kita lupa dengan niat yang suci sebelum memperolehi rezki yang melimpah, yang kita berkerja, mengejar dunia kerana Allah...Mengumpulkan segalanya demi untuk memenuhi tuntutan kepadaNya. Masih utuhkah niat kita untuk mencari keredhaaNya melalui pekerjaan yang dikira ibadah? (Topik yang akan ada entry khas)

Setelah penggalian kepada masalah ini melalui ilmu ketuhanan (sebelum ini pernah dilakukan melalui ilmu keduniaan) beberapa keyakinan yang timbul lebih menenangkan dan melapangkan minda dan berharap semoga ia kekal sampai bila2 walaupun setelah mengecapi kejayaan dan tidak lupa akan pegangan ini. Jika dibandingkan dengan apa yang pernah dilakukan sebelum ini, ilmu keduniaan, (Psychology, Leadership, Management, Economy, serta beberapa cabang ilmu lagi)kebanyakannya ialah karya dari negara2 barat. Ia menjuruskan kepada "self confident" yang tinggi, Alhamdulillah. Dari pandagan ilmu ketuhanan (ISLAM) juga menerbitkan perasaan yang sama iaitu "self confident" yang tinggi, cuma pendakatannya jauh berbeza. Bukanlah ingin merendah2kan pandangan org barat, cuma ingin melengkapi lagi dengan sesuatu yang lebih sempurna. Disini juga saya ingin membenarkan(bersetuju) dengan kata kata pengarang Tafsir Fil Zilal, Sayyid Quttb mengenai pendedahan selama 40 Thn mengenai ilmu karya org barat, seolah2 kita hanya mengenali sifat2 atau pengetahuan mengenai zaman jahiliyyah. Kerana menurut beliau, ilmu mereka boleh dikatakan sudah lengkap cuma kekurangan dari segi "roh" sahaja. Walaubagaimanapun, faktor " roh" dalam ilmu pengetahuan sangatlah penting. Ia yang akan menghubungkan antara dunia dan akhirat. Jadi,pendapat kali ini merupakan intipati yang diperolehi setakat ini, atau hanya sedikit sahaja yang dibincangkan kali ini. (supaya tidak terlalu panjang).

Mengenai keresahan dihati mengenai rezki, masing2 menjadi risau kerana setiap individu akan merasa takut mati kelaparan atau hidup melarat dalam kemiskinan. Ini menjadi asas bisikan halus dari syaitan yang sentiasa berusaha untuk melemahkan anak adam. Dari situ timbullah berbagai pendapat mengenai panduan mencari kerja terutamanya kepada graduan yang baru menamatkan pelajaran. Ibu bapa secara langsung berkait dalam persoalan ini kerana pendapat merekalah (terutama orang Melayu) yang menjadi pegangan kepada anak2. Seterusnya memberi kesan kepada motivasi anak2 dalam mencari pekerjaan yang sesuai. Pendapat ibu bapa (melayu) memang popular supaya anak2 dapat bekerja tetap (terutamanya dgn kerajaan) supaya kehidupan yang lebih terjamin. Pendapat ini menjadi begitu popular sehingga timbul situasi dimana sesiapa yang tidak mengikut arus pemikiran ini, sedikit sebanyak dipandang rendah ataupun secara tidak langsung dihina dan dilabel tiada masa depan yang cerah. Pendapat ini tiada salahnya jika ibu bapa ingin merasa lebih selamat tentang kehidupan anak2, tetapi dikhuatiri ia akan menjejaskan akidah Islam secara tidak langsung. Secara tidak sedar ia telah menjadi syirik kecil (syirik yang sgt halus dan sangat susah dihindari) kerana merasakan keselamatan dan jaminan itu datang dari pekerjaan tersebut. Pendapat Sheikh Ibnu Atho'illah dalam Al-Hikam, beliau sangat berhati2 dalam meletakan pengharapan selain dari Allah. Sebagai contoh, mengharapkan masuk syurga kerana amalan pahala yang dilakukan akan menjadikan kita riya' dan ujub. Sedangkan kita memang diwajibkan untuk beribadah dan mendapatkan pahala. Manakala pendapat imam besar , Imam Al- Ghazali dalam Minhajul Abidin, meyatakan kewajiban kita berusaha adalah dalam bab ibadah, iaitu melakukan taat kepadaNya. Walhal dalam berusaha mencari rezki itu adalah ketentuanNya. Bukanlah kita tidak perlu berusaha, cuma kita perlu berhati2 dalam menilai usaha kita itu janganlah sampai merasa semua apa yang kita perolehi itu akibat dari usaha kita yang bersungguh2..sedangkan kalau kita berusaha 500thn tanpa henti, tanpa rahmat dan kasih sayangNya, usaha kita itu tidak berbekas sedikit pun disisiNya. Bukan juga kita hanya perlu berpeluk tubuh menunggu begitu sahaja tanpa usaha, kerana itu pula merupakan angan2 kosong orang yang mengharapkan belas ihsan dariNya. Segala amal yang kita lakukah itu hanyalah untuk menunjukan sifat kehambaan kita kepadanya, kita yang sgt lemah memerlukan segala2 dari Maha Pencipta. Ini dibuktikan dengan apa yang dibuat oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda telah dijanjikan syurga dan tempat yang paling terpuji, baginda denga rendah diri, mengabdikan diri, dengan sifat hamba kepadaNya rajin melakukan ibadah sehingga bengkak kaki Baginda. Jika dibandingkan dengan kita pula, sering merasakan apa yang kita buat ini sudah cukup, dan mengharapkan rahmatNya semudah itu. Pernahkah kita beribadah sehingga tahap itu??? Adakah kita tidak malu kepada Baginda??? Apa yang hendak diperkatakan disini, bukanlah menjadi kesalahan untuk kita mencari pekerjaan tetap(terutamanya kerajaan)tetapi persandaran kita terhadap pekerjaan tetap perlu diperhalusi serta berhati2 supaya tidak tercebur dalam syirik kecil. Terutamanya bagi sesiapa yang memandang rendah dan menghina orang lain yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Perasaan hebat, besar diri atau menyobong diri dari pekerjaan yang dimiliki juga secara tidak langsung boleh menjuruskan kita kepada riya' dan ujub. Perasaan kita yang merasa selamat kerana pekerjaan itu juga perlu diperhalusi dengan sentiasa mengigati segala kurniaNya supaya ia menjadi Rahmat bukan pula istidraj. Dengan kembalikan apa yang diperolehi kepadaNya, diharapkan Rahmat yang diperolehi ditambah supaya kita menjadi lebh dekat kepadaNya.

Wallah hu a'lam.

Bagi sub topik bekerja sendiri, pendapat akan diulas dalam entry yang berikutnya.

No comments:

Post a Comment