Alhamdulillah ada sedikit masa terluang di pagi ini, walaupun sedikit kesibukan yang menghambat di akhir tahun...dalam mengejar payment2 yang masih tersangkut atau ada yang bermurah hati ntuk bayar dahulu...Alhamdulillah...segala puji bagiNya yang menganugerahkan rezki pada makhluknya.
Part 2.
Bagi sesiapa yang memilih untuk bekerja sendiri pula, pastinya ia merupakan satu keputusan besar yang diambil kerana ia merupakan jalan yang amat perit untuk dilalui sebelum dapat mengecapi kejayaan yang direncanakan. Sedarlah bertapa laluan ini amat sukar dan tiada garis panduan yang perlu dilalui kerana sebelum mencapai kejayaa, sudah pasti anda akan mengalami berbagai peringkat dan kegagalan, penolakan masyarakat terhadap anda, cemuhan orang sekeliling serta penghinaan yang lahir secara tidak lansgsung kerana memandang rendah apa yang anda lakukan. Percaya atau tidak, benteng mentaliti masyarakat sangat sukar untuk dipecahkan tambah lagi bagi yang baru menceburi bidang ini. Kesusahan yang dialami perlu ditanggung sendiri, jadi jangan lah berputus asa dan teruskan bina jati diri anda untuk terus berjaya.
Pembinaan jati diri ini amatlah penting bagi meneruskan kesinambungan keputusan yang telah dibuat supaya anda tidak lagi teragak2 dan tercari2 samada langkah yang diambil itu betul atau salah. Jadi cara yang terbaik ialah dengan cuba mengenali diri anda sendiri mengikut pandangan Islam. Tiada cara yang lebih baik dari cara ini kerana ia akan merangkumi segala aspek kehidupan kita dan selamanya. Ikutlah garis panduan yang telah ditetapkan, maka pasti anda akan dapat menerobosi diri sendiri sebelum melangkah lebih jauh. Dalamilah Ilmu Tauhid yang seterusnya akan membentuk akhlak yang terpuji. dari akhlak inilah akan melahirkan buah2 yang ranum dalam menghadapi dugaan seharian. Selari dengan konsep hijrah yang telah dibincangkan, pembentukan negara Islam yang sangat berjaya, sehingga menerangi seluruh alam diterapkan melaui pembentukan akidah selama hampir 13 tahun Baginda berdakwah di Mekah. Fasa ini merupakan fasa terpenting dalam keterlangsungan kejayaan dakwah yang mekar sehingga ke hari ini. Pada peringkat awal, masyrakat muslim yang begitu lemah, diterapkan dengan akidah sehingga menjadi betul2 kuat. Peringkat ini merupakan peringkat yang sukar kerana mendapat tentangan hebat dari musrikin Quraisy. Segala bentuk penderitaan telah dialami oleh para sahabat, sehingga Rasulullah tidak membenarkan penentangan kepada pihak musyrikin Quraisy. Waktu ini digunakan untuk membina satu jati diri yang utuh kepada muslimin.Keimanan yang masih lemah pada ketika itu mungkin tidak sesuai bagi sekalian muslim untuk menentang musyriikin dengan kekerasan. Walaupun jika digambarkan bahawa mereke lebih terseksa pada ketika itu, dalam masa yang sama, kesengsaraan dan kepercayaan kepada janji-janji Allah pada ketika itu membentuk jati diri yang cekal. Keyakinan bahawa pertolongan Allah untuk mereka menyebabkan mereka begitu sabar dalam meniti segala ranjau yang berduri. Selain dari penderitaan fizikal, mulai tahun ke-10 kenabian, umat muslim diseksa dengan pemboikotan dari segi ekonomi. Serangan terhadapa pemboikotan ekonomi sangat memeritkan ketika itu kerana segala bekalan makanan disekat. Justeru ramai umat muslim ketika itu sengsara kerana tidak mendapat makanan yang cukup.Walaubagaimanapun semangat mereke tidak luntur dan pudar dengan kesengsaraan diri yang dihadapi. Berbalik kepada keadaan kita pada masa ini, keadaan ini mungkin akan berlaku. Keperitan dalam menjalankan perniagaan diperingkat awal sangat ketara kerana dalam serba kekurangan. Peringkat inilah yang paling sukar, dalam membina sesuatu perniagaan.Hasil yang tidak menentu sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan seharian, malah selalunya akan mengalami kerugian,mungkin, setelah habis modal yang dikeluarkan, perlu pula dikeluarkan simpanan yang selebihnya. Jika jati diri tidak utuh pada ketika ini, sudah pasti kita akan merasa berputus asa.
Jadi, dalam masalah ini, mungkin segala lagi kita perlu mendalami ilmu tauhid, yang mana kita harus mengenal Maha Pencipta dengan lebih mendalam. Makrifatullah (mengenal Allah) merupakan asa kepada ilmu ini. Maka dengan mengenal sifat2Nya, akan hadir dalam diri kita satu keyakinan yang begitu utuh, dimana ia mendjadi asas jati diri yang kuat, bersandarkan segala apa yang berlaku kepada Yang Maha Memberi.Dari sinilah terbit sifat tawakkal. Imam Ghazali dalam Minhajul Abidin menggariskan bahawa masalah mencari rezki boleh diatasi dengan sifat tawakkal ini,yang mana ia juga merupakan satu ibadah hati yang penting untuk setiap muslim.Tetatpi, sejauh manakah kita menggunakan konsep tawakkal dalam kehidupan seharian. Semua percaya dan tahu mengenai sifat2 Allah, tetapi sejauh manakah keyakinan kita mengenainya? Selagi keyakinan itu masih lemah, selagi itulah kita akan menjadi goyah, keluh kesah memikirkan ketakutan untuk tidak mendapat apa yang diusahakan dan juga tidak mendapat ganjaran seperti yang diusahakan. Kita masih samar-samar dalam meletakan pergantungan kepadaNya sepenuhnya, masih ragu2 dengan sifat2Nya dan masih ragu2 dengan janji2Nya. Mungkin disinilah kesilapan kita yang kita tidak sedari. Jadi, apa yang harus dilakukan ialah cuba mengenaliNya dengan lebih dekat tentang sifat2Nya dan Zat2Nya. Dari situlah punca bagi segala permasalahan kehidupan kita.Terutamanya dalam mencari urusan mencari rezki kerana kita melebihkan sandaran kepada makhluk dan juga jaminan keduniaan yang fana. Kesilapan bergantung harap juga telah lari dari konsep tauhid iaitu tiada Tuhan selain Allah. "Iyyaka na'budu" Hanya kepadaMu kami menyembah dan tiada kami mempersekutukan Engkau dalam ibadatku ini kepada sesuatu yang lain. Menjelaskan hanya kepadaNya lah kita berbuat segala benda , untuk mendapat keredhaanNya, menjadi hamba hanya kepadaNya. " Iyyaka nasta'in": Hanya kepadaMu kami mengharapkan bantuan pertolongan, sebab kami sendiri tidak berdaya.. Kita menyatakanNya setiap hari sekurang2nya 17 kali, tetapi sejauh manakah setiap apa yang kita lakukan, setiap saat dan detik, kita mengharapkan kepadaNya???
Jadi, apa sahaja yang kita usahakan, samaada berkerja tetap, atau bekerja sendiri, semuanya kita perlu berharap kepadaNya. Selagi apa yang kita kerjakan itu mengikut garis panduan syariat, ia tidak menjadi kesalahan. Jangan pula kita merasa kecewa jika apa yang kita usahakan itu tidak menampakkan hasil seperti yang kita inginkan. Jika kita niatkan semua kerana Allah s.w.t, sudah pasti ia akan dianggap sebagai ibadah. Sebagai seorang makhluk, hamba kepadaNya, kita hanya wajib untuk melakukan ibadah dan patuh kepadaNya, persoalan rezki dan ganjaran, biarlah kita bertawakkal kepadaNya. Biarlah Dia yang menentukan yang lebih baik untuk kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment