Friday, January 1, 2010

Peringkat Hinaan dan REZEKI

Sudah beberapa minggu tidak membincangkan mengenai kuliah maghrib setiap jumaat yang membincangkan Minhajul Abidin karya Imam Gazali. Kesibukan yang semakin menjadi-jadi membataskan sedikit masa untuk menulis. Selain itu, topik yang dibincangkan untuk beberapa minggu yang lepas masih berkisar kepada peringkat pendorong iaitu Raja' dan Khauf. Ia dibincangkan dengan lebih mendalam.. selain itu, kelemahan diri sendiri jugak amat membataskan untuk menulis kerana tidak dapat fokus (tertidur time kuliah)....mungkin kerana terlalu penat dengan aktiviti yang pelbagai serta tidak cukup tidur sejak kebelakangan ini....jadi.penulis ingin memohon maaf kepada pembaca2 setia.

Malam ini pula mula beralih kepada peringkat yang seterusnya iaitu peringkat Hinaan. Dimana setelah kita berjaya mengharungi semua peringkat terdahulu, maka kita akan menjadi rajin untuk beribadat, merasa kemanisannya. Tetapi amalan yang dilakukan itu boleh menjadi rosak dan termasuk dalam lembah kehinaan disisiNya. Pahala amalan yang dilakukan dipadamkan. Peringkat ini merupakan kegemaran untuk syaitan dan mengambil peluang untuk membinasakan diri kita. Ujub dan riya' suatu perasaan yang timbul dalam diri setelah kita merasa kehebatan diri.

1. Riya'

Ia timbul bila kita merasakan ingin dipandang mulia oleh sesiapa selain Allah melalui perbuatab patuh dan mengerjakan ibadah. Ia juga dikatakan sebagai syirik kecil. Jadi untuk mengelakan sifat riya' Ia hanya boleh dielakkan dengan IKHLAS.setiap amalan yang dilakukan perlulah ikhlas keranaNya dan tiada niat untuk menunjuk kepada sesiapa atau mendapatkan sanjungan orang/ mendapat kemashuran dan sebagainya. Maka jika ibadah yang dilakukan selain dari Allah, pahala puasa tersebut akan dipadam.

2. Ujub
Ia pula timbul kerana merasakan diri hebat kerana dapat/ berjaya melakukan kebaikan. Perasaan dalamam diri sendiri, ia boleh bercambah menjadi takabur(mungkin menghina orang lain kerana kekurangan mereka). Ia pula boleh dielakkan dengan selalu menanam perasaan dalam diri bahawa, setiap apa yg kita lakukan adalah kerana keizinanNya untuk kita melakukan ibadah. Kalau bukan kerana pemberianNya, sudah pasti kita tidak dapat melakukan patuh. Jadi setiap apa yang kita perolehi, hendaklah sentiasa ditanam bahawa ia semua pinjaman dari Allah. Jadi kita tidak layak untuk membangga diri atau merasa diri diatas pemberian Allah yang dipinjamkan sementara untuk kita. Walau apa pun yang kita perolehi, dari mana kita perolehi, hakikatnya ia merupakan pemberianNya kepada kita. Cuma kita lebih nampak kepada SABAB melebihi anugerahNya. Kita dibolehkan untuk bersyukur ke SABAB sebagai tanda kesyukuranNya, tetapi kita tidak boleh lupa, ia hanya menjadi SABAB. Contohnya, seorang majikan tidak boleh berbangga diri merasakan dia yang memberikan rezki kepada perkerja, dengan melakukan sewenang-wenangnya kepada mereka. Majikan perlu sedar tentang hakikatnya dia hanya menjadi SABAB atau laluan rezki sebelum sampai kepada pekerja mereka.

Dalam pada itu, contoh yang diberi adalah mengenai rezki. Teringat tentang satu buku yang dibaca 3 thn lepas mengenai rezki yang juga seakan2 sama dengan yang contoh yang diberikan pada malam ini. Jadi saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi mengenainya.

Ia berkisar tentang seorang lelaki atau suami yang menjadi tonggak utama dalam urusan mencari rezki bagi sesebuah keluarga. Ia bukanlah untuk merendahkan kaum lelaki cuma mungkin untuk peringatan bersama ( saya juga nak menjadi suami suatu hari nanti...dan semoga terus ingat tentang hakikat ini). Bagi seorang suami...mungkin yang baru2 berkahwin merasakan mencari nafkah merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul dengan baik. Maka pada peringkat ini, dia akan menanam niat yang sangat baik iaitu mencari rezki yang halal untuk menyara isteri. Mungkin pada ketika ini, ia cuma cukup2 makan untuk menampung keperluan seharian suami isteri. Oleh itu, dia akan berusaha dengan lebih gigih lagi bagi menampah pendapatan keluarga. Kemudian, mungkin selepas setahun atau lebih, mereka akan dianugerahkan dengan cahaya mata yang juga menjadi penyeri dalam kehidupan berumahtangga. Pada waktu ini, rezki mereka bertambah sedikit, mungkin dengan pendapatan yang lebih lumayan sedikit, cukup atau melebihi bagi keperluan 3 orang. begitulah seterusnya, sehingga mendapat beberapa orang anak. Ketika itu juga, pendpatan juga jauh lebih tinggi atau mungkin lebih mewah. Maka ketika ini, segelintir lelaki yang sudah lupa tentang niat semasa awal perkahwinan,dia akan menjadi lebih sombong atau ujub kerana merasakan kejayaannya meraih pendapatan yang lumayan. Maka perlbagai perangai baru yang timbul lantaran dari kemewahan yang diperolehi, tidak sedar tentang amanah yang diberikan Allah kepadanya. Mungkin juga dia tidak sedar, pendapatan yang lumayan itu merupak rezki anak2. Oleh kerana ketika itu, anak2 masih kecil dan masih belajar, maka rezki mereka akan mengalir mungkin dari bapa mereka. Jadi seorang bapa hanya merupak SABAB kepada rezki anak2 itu,maka seharusnya dia menunaikan segala amanah yang dihantar melaluinya. Jadi janganlah dia merasa UJUB dengan segala limpahan rezki yang banyak itu tanpa mengembalikannya kepada yang berhak, kepada anak2, isteri atau orang lain. Jadi...janganlah ketika anda mendapat rezki yang lebih, mula menjadi gatal dan berniat untuk pasang lain...kerana ingin mengikut sunnah rasulullah dalam berpoligami. Sesungguhnya kalau anda betul2 faham konsep poligami yang diharuskan dan di lakukan oleh baginda Rasulullah.... cuba dalami setiap pernikahan baginda, adakah ia dilakukan untuk kepentingan diri sendiri ataupun agama???? Jangan hanya poligami yang anda perjuangkan kerana masih banyak saranan2 Islam yang anda perlecehkan...

Berbalik kepada entry sebelumnya, mengenai kerjaya, ia secara tidak langsung menguatkan lagi hujah yang disampaikan sebelumnya. Oleh kerana rezki setiap manusia telah ditentukan sejak azali lagi, kita tidak hanya menekankan SABAB/ASBAB/ jalan semata2 dalam mencari rezki. Semuanya perlu berpaksikan Ketauhidan kepadaNya yang hanya dia yang menganuherahkan kepada kita. Walaupun begitu, segala usaha dan kerja keras itu adalah untuk kepuasan diri secara fizikal semata2. Mengenai perkara-perkara ghaib mengenai rezki, hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Wallah hu a'lam..

No comments:

Post a Comment